Ibu Rose Kongsikan 5 Langkah Bijak Untuk Mendidik Anak-Anak Generasi Millennia.

Pada masa kini, gaya mendidik anak-anak perlu mengikut peredaran masa dan zaman. Ini kerana kehidupan kita dipengaruhi sedikit demi sedikit dengan perkembangan teknologi, jadi gaya parenting tidak lagi sama dengan zaman dahulu dimana zaman ibu bapa kita.

5 langkah bijak untuk mendidik anak-anak generasi millennia ini telah dikongsikan oleh Ibu Rose untuk pelajaran bagi para ibu bapa zaman sekarang…

1. Bawa Anak-Anak Bermain Dengan Aktif

Related image
Kredit: Nearsay

Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor.

Lebih baik outdoor.

“BILA MEREKA BERMAIN, MEREKA DAPAT MENGEKSPRESI DIRI MEREKA.

MEREKA BOLEH MENJERIT-JERIT, MELOMPAT DAN BERPELUH”

Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat.

Cucu sulung ibu, semasa itu baru berusia 2 tahun suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kaji balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang.

Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.

2. Kurangkan Gajet.

Related image
Kredit: Wolipop

Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV.

“BILA ANAK-ANAK BERMAIN VIDEO GAMES, MEREKA AKAN MENGALAMI ADRENALIN RUSH”

Bila mereka tidak dapat bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka.

Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu.

“PILIH GAMES YANG BAIK DAN CUBA GAMES ITU DAHULU SEBELUM DIBERI KEPADA ANAK-ANAK KECIL ANDA.

JIKA ANDA SENDIRI RASA TAK MENENTU SELEPAS BERMAIN GAMES ITU, APATAH LAGI ANAK-ANAK KECIL”


3. Kurangkan Gula.

Related image
Kredit: Takaful

Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak.

“GULA YANG TAK NAMPAK, MAKSUDNYA KITA SENDIRI YANG MEMASUKKAN GULA ITU.

GULA YANG TAK NAMPAK, CONTOHNYA MINUMAN SODA, FAST FOOD DSB”

Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang.

Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging. Tenaga dan ‘state’ kita semasa memasak adalah amat penting kerana itulah tenaga yang sampai kepada anak-anak kita.

Jika keadaan diri kita semasa masak banyak menyumpah-nyumpah, maka ke manalah perginya tenaga negatif itu kecuali keada makanan yang dimasak dan kemudiannya dimasukkan ke dalam badan anak.

Tenaga tidak boleh dimusnahkan atau dicipta. Ia hanya berubah bentuk.

4. Elakkan Menjerit-Jerit Dan Kerap Marah-Marah.

Image result for mendidik anak zaman millennia
Kredit: Vocket

Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu.

Contohnya sesuatu yang merbahaya baginya, seperti bermain di tengah jalan dsb.

“BILA TERLALU SUKA MEMARAHI, MARAH KITA ITU SUDAH TIDAK ADA MAKNANYA.

MALAH IA MENJADI CARA HIDUP YANG ANAK-ANAK AKAN IKUT”

Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu.

Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah.

Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter.

5. Kawal Diri Bila Nak Marah.

Related image
Kredit: InfoSantai

Jika anda nak marah sangat, jika anda sedang berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit sambil memekup muka ke bantal …

Atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.

Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.

Rasanya cukup dulu untuk kali ini. Jika panjang sangat nanti penat pula nak membacanya. Nanti ibu akan sambung dari masa ke semasa.

Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.

Salam kasih, Ibu Rose.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen