Hati-Hati! Anak-Anak Akan Hadapi 9 Masalah Ini Sekiranya Ibu Bapa Sering Bergaduh Di Hadapan Mereka.

Untuk melahirkan hubungan keluarga yang harmoni dan bahagia memang mustahil sekiranya kedua ibu bapa tidak memberikan toleransi dengan baik. Pergaduhan yang sering berlaku di antara ibu dan bapa sering disaksikan oleh anak-anak secara terang-terangan tanpa disedari. Ini akan menyebabkan masalah psikologi anak-anak sehingga mereka dewasa.

Berikut adalah masalah psikolgi yang akan dihadapi oleh anak-anak, yang telah dikongsikan oleh saudara Mohd Fhais

********

Image result for ibu bapa gaduh depan anak
Kredit: AsianParent

Keluarga yang baik bukan sahaja dapat beri bahagia malah dapat menjamin pembesaran yang sihat untuk anak-anak.

Banyak masalah boleh berlaku sekiranya keluarga tidak sehaluan dan yang selalu jadi mangsa ialah anak-anak.

Risiko anak hadapi masalah berikut menjadi tinggi jika mak ayah selalu bergaduh di depan anak-anak.

1. Self Esteem Rendah.

Self Esteem atau kata lain ialah harga diri anak itu menjadi sangat rendah. Mudah terjerumus ke kepada zina, dadah, vandalism, dan lain-lain.

2. Tiada Keyakinan Diri.

Selalu melihat mak ayah bergaduh akan membuatkan anak tidak yakin pada kemampuan diri sendiri. Seterusnya selalu pandang rendah pada kemampuan diri.

3. Cenderung Buat Perkara Negatif.

Rasa gembira bila buat perkara negatif dan rasa kosong bila buat kebaikan. Mencuri, membuli, bergaduh dan aktiviti yang merbahaya.

4. Jadi Biadab atau terlalu pasif.

Tekanan emosi yang melampau akan buat anak tadi samaada jadi terlalu biadab atau terlalu pasif. Tak tahu hormat orang tua, dan terlalu pasif maknanya terlalu pendiam dan menyendiri.

5. Lemah IQ & EQ.

Perkembangan IQ & EQ pasti akan terjejas jika mak ayah tidak beri didikan yang tepat. Membiarkan anak cari jalan sendiri hanya akan memudaratkan lagi keadaan anak.

6. Kemurungan Yang Serius.

Anak yang berumur 6 tahun ke atas berisiko tinggi hadapi kemurungan yang serius kerana mereka dah boleh berfikir guna akal dan emosi.

7. Perubahan Mendadak Pada Cara Hidup.

Akibat dari kemurungan tadi anak akan benci perkara yang dia pernah suka sebelum ini. Apa yang anak suka dan tak suka berubah 360 darjah, dan anak dah tak ceria seperti dulu.

8. Bersikap Agresif.

Anak yang hadapi masalah keluarga ni akan mudah marah, mudah sentap dan sentiasa pilih tindakan yang agresif. Selisih faham sedikit sahaja mula nak bergaduh, menjerit dan buat tindakan melulu.

9. Kemahiran Sosial Tiada.

Anak akan terlalu lemah kemahiran sosialnya. Susah nak berkawan, dan kawan sebaya juga tak menyukai dia kerana sikap dingin, cara cakap dan bahasa tubuh dia yang teruk.

Sebenarnya ada banyak lagi kesan negatif pada anak-anak mangsa pergolakan rumahtangga ni, 9 ni antara yang selalu terjadi.

Kasihan kat anak-anak jadi mangsa keadaan.

Anak-anak tak minta pun lahir kat dunia, selepas lahir pula jadi mangsa keadaan orang tua yang bergaduh.

Rugi sangat kita bazirkan bakat besar anak-anak dengan ego, panas baran dan sifat tak bertanggungjawab kita sebagai mak ayah.

Tanggungjawab pada pasangan luput bila bercerai namun tanggungjawab pada anak tidak pernah luput. Sampai mati anak tetap amanah mak ayah.

Wallahu A'lam.

Sentiasa dekatkan diri dengan Allah, maka anak-anak pun akan dekat dengan kita.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen