Nak Cantik Dan Sihat Menjelang Raya Nanti? Cuba Berhenti Makan Fast Food, 8 Kesan Ini Yang Anda Akan Dapat.

Siapa sahaja dikalangan kita ketika berpuasa pada kali ini, memang benar-benar berhenti makan fast food selama sebulan? Apa yang anda sedar akan perubahan tubuh badan anda walaupun seminggu berhenti makan fast food? Pasti banyak perubahan kan..

Image result for apa jadi pada tubuh badan ketika berpuasa

Bagi mereka yang mahukan tubuh badan yang slim, sihat dan cantik menjelang raya nanti, cuba berhenti makan fast food selama sebulan, dan ini yang anda akan dapat…

1. Berat badan anda menurun.

Sudah sedia maklum, kandungan kalori dalam fast food sangat tinggi dan menjadi punca utama kenapa berat badan anda sukar turun walaupun bersenam bagaikan nak gila ketika hari biasa. Pada bulan puasa, sekiranya anda hanya mengamalkan senaman ringan dan tinggalkan fast food ini selama sebulan, secara tidak langsung anda bebas daripada kalori tinggi.

Berat badan anda akan kembali pada berat yang ideal.

2. Anda inginkan makanan yang sihat.

Sekiranya anda dapat mendisiplinkan diri untuk menahan daripada makan fast food, secara anda tidak sedar, anda akan berkeinginan tinggi pada makanan yang sihat. Seperti yang anda tahu, ketika berpuasa selama sebulan, akan ada perubahan dalam bahagian tubuh badan anda. Jadi, anda tidak lagi craving pada fast food.

Image result for apa jadi pada tubuh badan ketika berpuasa
Kredit: Blogger

Imunisasi badan anda juga menjadi lebih kuat dan memberi tubuh kebaikan yang membolehkan ia berfungsi dengan baik seperti penghadaman yang lancar.

3. Kulit wajah anda menjadi lebih cantik dan bersih.

Fast food adalah makanan yang tidak sihat, dan anda juga tahu tentang kebenaran tersebut. Sekiranya anda kerap makan fast food, ia bukan sahaja meningkatkan berat badan anda, malah kulit wajah anda menjadi tidak sihat dan berjerawat.

Sekiranya ketika menjelang raya anda mahu menukar produk skin care untuk menjadi cantik, buang sahaja harapan anda jika fast food pun sukar untuk dielakkan.

4. Ternyata badan anda menjadi lebih sihat.

Apabila anda berhenti makan fast food, kesihatan anda mula baik pulih seperti…

  • Kurang demam, selesema, migraine.
  • Dapat membina otot dengan lebih baik, kurang selulit.
  • Dapat melancarkan pencernaan.

5. Mood menjadi lebih baik.

Setelah beberapa hari dan minggu anda berhenti daripada makna fast food, tubuh badan anda menjadi lebih sihat, kulit wajah juga menjadi lebih bersih, secara tidak langsung mood anda juga akan berubah menjadi lebih baik. Menurut kajian, sekiranya anda ketagih makan fast food, anda sebenarnya lebih terdedah mudah menjadi murung atau depresi.

Pemilihan fast food sebenarnya tidak dapat membina ketahanan mental dan emosi anda.

Selain daripada itu, anda juga…

  • Dapat tidur dengan lebih nyenyak.
  • Dapat mengurangkan craving anda pada makanan yang tidak sihat.
  • Malah dapat menjimatkan duit anda juga. Ini yang penting! Supaya dapat shopping raya lebih nanti!

Selamat Berpuasa dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen