Selagi Ibu Masih Ada, Amalkan 8 Tips Ini Jika Ingin Mendapat Keberkatan Ketika Berdoa.

Sebagai anak, selagi kita punya kudrat, selagi ibu masih ada, amalkan lah gaya hidup yang sihat dan sentiasa berbuat baik pada ibu supaya mendapat doa yang berkat darinya. Pasti ada dikalangan kita, semua perkara buat demi kedua ibu bapa namun, kenapa rezeki masih sempit dan hidup tidak tenang?

Ikuti 8 tips ini untuk doa yang berkat daripada ibu kita sendiri…

1. Ada niat dan matlamat yang bersungguh-sungguh.

Apa jua perkara yang kita lakukan, perlu ada niat yang sebenar. Sebagai contoh, setiap kali dapat gaji nak bagi ibu RM100, jadikan niat dan matlamat anda itu bersungguh-sungguh. Jangan pula nanti, disebabkan mahu tunaikan impian sendiri dahulu, niat anda nak beri RM100 pada ibu terabai begitu sahaja.

2. Dahulukan ibu dalam apa jua perkara.

Anda perlu ingat, bagaimana ibu sanggup membawa perut selama 9 bulan dan membesarkan anda dengan penuh kasih sayang. Jadi, apa jua yang anda lakukan sekarang, fikirlah hati dan perasaan ibu dahulu. Ingat kembali kasih sayang yang telah berikan. Sebab itu perlu ada niat dan matlamat yang bersungguh-sungguh.

3. Solat dan doa yang konsisten.

Sebagai anak yang baik pasti akan laksanakan solat tanpa ada rasa bebanan. Ini kerana sentiasa mahu doakan untuk ibu dan bapa. Mahu sentiasa memohon supaya segala urusan kedua ibu bapa dipermudahkan, dan dipanjangkan umur. Sekiranya ada perasaan kasih sayang pada ibu dan juga bapa, pasti tidak culas untuk melaksanakan tanggung jawab ini.

4. Jangan takut belanjakan duit untuk ibu.

Sebagai anak-anak genarasi masa kini, bukan sahaja sukar untuk mendapatkan pekerjaan, gaji pun cukup-cukup makan sahaja. Pasti terdetik, kalau belikan untuk ibu, takut duit habis. Jangan berfikiran sebegitu kerana semakin hari anda membuat andaian buruk, semakin sukar untuk anda mendapat rezeki yang berkat.

Ingat, rezeki itu dari Allah SWT!

5. Beli tanpa ibu pinta.

Ibu juga pasti ada barang yang mahu mereka beli, tetapi hanya diamkan diri sahaja. Tahu dirinya tidak mampu, apatah lagi anaknya yang mahu mulakan kehidupan dengan kerjaya sendiri. Jadi, jangan takut untuk kumpulkan duit supaya dapat beli barang yang diimpikan oleh ibu anda. Beli sahaja tanpa mereka pinta, walaupun anda nampak anak kecilnya selalu melihat barang-barang di shopping mall tersebut.

6. Bawa kedua ibu bapa anda holiday.

Kumpul duit anda untuk membawa kedua orang tua anda berjalan-jalan, sepertimana mereka pernah membawa anda ketika kecil dahulu. Bukan senang sekiranya kedua ibu bapa anda adalah orang yang bekerjaya kemudian nak melayan anak seperti anda pergi holiday pula. Jadi, inilah masanya.

Buatlah kejutan!

7. Tolong bayarkan bil utiliti di rumah orang tua anda.

Ketika anda masih belajar, pasti ibu yang tolong bayarkan bil telefon anda, atau belikan anda topup. Kemudian, pasti akan cuba membayar ansuran kereta kerana anda masih belajar dan tiada pendapatan. Jadi, pada mereka yang sudah bekerjaya, tolong orang tua anda untuk membayar segala bil rumah untuk ringankan bebanan mereka pula.

8. Tanggung adik yang masih belajar.

Untuk mendapat doa yang berkat daripada ibu anda juga, ringankan bebanan dengan membantu menangung adik anda yang masih belajar. Tidak mustahil ketika ini, ibu anda sudah pencen dan hanya untuk berehat di rumah sahaja, jadi sekarang adik-adik anda adalah tanggung jawab anda pula.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen