“Lelaki Zaman Sekarang, Cukup-Cukuplah Jadi ‘Tipikal Lelaki Melayu’, Cuba Ubah Mind Set Terhadap Golongan Wanita..” Kongsi Lelaki Ini.

Pada masa kini, dengan perkembangan teknologi, kita semua dapat lihat sikap masing-masing melalui sosial media sahaja. Dengan hanya tulisan yang dimuat naik di sosial media, sebenarnya melambangkan keperibadian seseorang individu.

Malah dengan penulisan itu jugaklah dapat melambangkan pemikiran seseorang, terutamanya pada golongan lelaki. Ini kerana lelaki zaman sekarang seolah-olah sudah menjadi ‘tipikal lelaki melayu’ dimana cepat sentap, sensitif, dan menjadi kurang sabar apabila banyak cerita yang dikongsikan adalah tentang rumah tangga.

Bukan melalui penulisan di sosial media sahaja, ini juga dapat dilihat di dunia realiti.

Kenapa situasi ini terjadi? Berikut adalah perkongsian dari saudara Najmi Nawawi

********

Wahai Typical Malay Men.

"Kau kena nasi kangkang ke? aku tengok kau dah macam kuli bini kau. Haha."

Apabila ada tetamu datang ke rumah dan lihat si suami begitu rajin uruskan rumah, basuh berak anak, memasak, basuh pinggan dan sebagainya. Maka si tetamu itu berkata kepada si suami seperti ayat seperti di atas.

Inilah luahan dari salah seorang rakan fb aku yang berkongsi tentang apa yang berlaku di rumahnya semalam. Dan beliau meminta aku menulis tentang ini.

Jadi aku rasa aku boleh bahagikan lelaki melayu di Malaysia saat ini kepada dua kategori.

  • Typical Malay Men
  • Modern Malay Men

Maka ini kata-kata aku. Wahai 'typical malay men', cukup-cukuplah dengan cara fikir lama yang mana kau anggap tugas isteri untuk berkhidmat pada suami 100% atau lebih tepat lagi cukup-cukuplah dengan tanggapan isteri sebagai hamba.

Benda ini sebenarnya boleh dikesan dari zaman sebelum berkahwin lagi. Iaitu apabila orang lelaki melihat orang perempuan sebagai objek seks. Aku tak tipu, kebiasaannya kalau orang lelaki duduk dalam kumpulan mereka, mata akan meliar melihat perempuan.

Kemudian mereka ketawa dan mengusik sesama mereka. Dari zaman sebelum berkahwin lagi, mereka melihat wanita sebagai objek seks semata-mata.

Sebab itu apabila sudah berkahwin, isteri akan diperhambakan untuk melayan nafsu mereka.

Sakit. Penat. Letih. Rasa nak mati.

Isteri bukan pelacur untuk layan kau bila-bila kau mahu. Dan dia isteri, sangat memerlukan belaian, kasih sayang, penghargaan dan rasa hormat dari kau. Sedangkan pelacur pun dibayar mahal, tapi kau nafkah pun tidak disempurnakan.

Point aku : Ketahuilah, jika orang lelaki tidak dapat menghormati isteri di tempat tidur maka begitulah yang akan turut berlaku di luar bilik tidur.

Apabila tujuan atau matlamat pembinaan keluarga tidak tepat, maka kesannya ialah pada institusi keluarga yang dibina. Yang akan menjadi mangsa ialah isteri dan anak-anak mereka.

Aku tahu bahawa sekarang dah ramai lelaki matang dan memilih menjadi 'modern malay men', dan mereka ini memang aset untuk bangsa, agama dan negara. Tahniah!

Kerana mereka inilah yang membentuk keluarga mawaddah, sakinah sesuai dengan keperluan peningkatan 'maratib amal' yang akan membentuk dunia yang lebih baik.

********

Semoga Bermanfaat Dan Jadilah Modern Malay Men!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen