Pegawai Kerajaan Memang Mudah Banyak Hutang Kerana Bank Sayang Tetapi Menjadi Kesayangan Ibu Mertua.

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini kecoh mengenai kakitangan kerajaan yang dikatakan kaya dengan hutang keliling pinggang. Bahkan ada juga yang memberi tips bahawa jangan memilih pasangan yang bekerja sebagai pegawai kerajaan kerana mereka ini mudah untuk mempunyai hutang yang banyak.




Mungkin ramai yang lihat dari segi luarannya bahawa pegawai kerajaan ini mudah untuk menaiki kereta mewah bahkan untuk memiliki rumah sendiri juga mudah kerana mereka ini disayangi oleh pihak bank, namun benar atau tidak yang mereka ini begitu mudah untuk mempunyai hutang yang banyak?

Mari kita lihat sedikit penerangan dari Encik Azizul Azli Ahmad ini.



BENAR TAPI?

1. Benar, kakitangan kerajaan banyak hutang. Sebab mereka bank cukup sayang.

Pinjaman koperasi mohon pagi, petang duit dah masuk berkoyan koyan.

2. Mereka kahwin pun senang nak buat pinjaman.

Maklumlah bakal isteri permintaan macam bidadari. Walaupun hanya lulusan PT three!

3. Penjawat awam ada pencen, jika dia meninggal. Isteri buta buta dapat pencen suami. Bolehlah kawin lagi.

4. Penjawat awam selain pencen ada ganjaran persaraan.

Ia bukan KWSP tetapi sumbangan saguhati atas perkhidmatan. Tak lah banyak, jika gred gaji tinggi ratusan ribu juga boleh dapat. Biasanya melancong keluar negeri!

5. Penjawat awam boleh wariskan pencen juga pada anak, jika ibubapa meninggal sebelum 18 tahun. Anak akan dapat bulanan pencen.

6. Jika anak kurang upaya juga akan dapat pencen warisan untuk mereka.

7. Mereka juga dapat saguhati tiap kali belanjawan negara walau dah bersara. Gila duit semua pesara.

8. Pencen juga macam gaji, ada kenaikkan tahunan. Bapak mertua saya dari pancen RM650 sebagai tentera, sekarang dah RM1500 setiap bulan hadiah buat mak mertua kerna dia telah tiada.

9. Pencen mereka memang tak banyak mana. Jika gaji akhir RM10,000 . Tempoh khidmat 30 tahun boleh dapat 60% dari gaji akhir. RM6000 sahaja!

10. Penjawat awam ada rumah percutian peranginan, kemudahan hospital, pinjaman perumahan dan bank suka bagi hutang. Banyak kelebihan

11. Bakal mertua juga mudah sayang orang kerja gomen, boleh tumpang loan tambah dapur kesayangan.

Semua orang ada hutang, makin banyak peluang buat hutang jahat. Makin gelap masa depan.

Jika jadi penjawat awam bijak, buat hutang beli harta. Orang lain tolong bayarkan hutang kita.

Elehhhh jelos lettew tak dapat goda abang! 😋
Abah Qilah 
Kerja Gomen Juga.

KERJA GOMEN ATAU SWASTA?

Kebanyakkan mertua impikan calon menantu kerja gomen. Katanya kerja gomen ini terjamin.

Ada pencen dan boleh diwariskan pencen.

Jika anda dilanggar lori oren, isteri tetap dapat pencen. Ada pinjaman perumahan dan banyak keistimewaan.

Istimewa kerja gomen;

1. Mudah dapat pinjaman peribadi

2. Kadar pinjaman peribadi lebih rendah dari yang swasta perolehi

3. Kadar kenaikkan gaji, naik setiap tahun walaupun sedang tsunami ekonomi.

4. Orang Bank suka kakitangan kerajaan meminjam. Gaji mereka tetap ada setiap bulan.

5. Sejarah menunjukkan pekerja gomen bila pencen, mereka tidak kerja lagi
(sejarah mungkin berubah nanti).

6. Kemudahan kesihatan ikut gred gaji. Ada hospital satu bilik menanti jika pegawai tinggi.

7. Bakal mertua lompat tinggi tinggi bila menantu kerja di Putrajaya nanti, walau jawatannya cuma kerani.

8. Ada rumah persekutuan untuk bercuti dan banyak lagi.

9. Kenaikkan pencen seiring dengan kenaikkan gred gaji.

10. Boleh jalan jalan ke Sydney dan Bali bila pencen nanti.

Pekerja gomen tidak menyimpan sangat sebab mereka lihat mak abah senang lenang bila pencen sekarang.( Mereka tiada pinjaman peribadi, jauh sekali Honda City)

Mereka masih anggap nasik lemak akan kekal RM1 dua puluh tahun mendatang.

Pekerja gomen paling banyak bina hutang kerana mereka bank sayang. Mereka sedang bina lubang hitam untuk masa depan.

Berhentilah bina hutang kerana ia mudah diluluskan sekarang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen