Ketahui Bahaya Microsleep Dan Cara Mengelaknya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila nak dekat-dekat raya ini pasti ramai yang telah membuat perancangan untuk pulang ke kampung. Tidak kiralah sama ada ia dekat mahupun jauh pasti segala perancangan yang terperinci telah dilakukan. Namun begitu, kadang kala perancangan dan ketelitian itu membuat kita terlupa bahayanya mengantuk dan keletihan.

Bukan hanya itu sahaja, sifat ingin segera tiba ke destinasi juga membuat ramai yang mengabaikan perasaan mengantuk dan letih memandu.

Pasti ramai diantara kita sering kali mendengar mengenai Microsleep, iaitu seseorang yang boleh terlelap dalam beberapa saat. Bahkan baru-baru ini juga terdapat kemalangan yang melibatkan perkara sebegini yang menyebabkan kematian.

Mari kita ketahui mengenai microsleep ini.



Berjaga-jaga dengan Microsleep

Sekarang sudah masuk setengah bulan kita berpuasa. Hujung bulan nanti sudah tentu ramai daripada warga kota akan pulang ke kampung untuk beraya.

Kita semua tahu insiden yang paling selalu berlaku ketika hari perayaan adalah kemalangan dan perkara ini boleh disebabkan oleh MICROSLEEP.

Apa itu Microsleep?

Microsleep adalah keadaan tertidur seketika yang tidak dapat dikawal dan masalah ini boleh berlaku selama 1 hingga 30 saat.

Keadaan ini selalunya berlaku pada mereka yang rasa mengantuk dan cuba melawan rasa tersebut supaya sentiasa bangun. Perkara ini sangat kerap berlaku bagi mereka yang memandu kenderaan kerana mengejar masa untuk sampai ke destinasi tersebut.

Apakah Simptom Microsleep?

Beberapa simptom microsleep adalah;

1. Tidak dapat fokus

2. Hilang ingatan seketika

3. Terlepas simpang

4. Kepala tersengguk

5. Hilang kawalan otot secara tiba-tiba. Individu tersebut selalunya akan tersentak apabila badannya menjadi lembik.

6. Menjatuhkan barang yang dipegang.

⚠Bahaya microsleep

Microsleep selalunya tidak berbahaya jika waktu tersebut pesakit tidak memandu kenderaan. Rasanya semua orang pernah merasakan microsleep terutamanya mereka yang pergi ke dewan kuliah. Ketika pensyarah sedang mengajar, mesti anda pernah tersenguk-senguk tertidur pada waktu tersebut. Kadang-kadang terus tertidur beberapa minit lamanya

Cuba bayangkan perkara ini berlaku ketika anda memandu kenderaan. Sudah tentu apa-apa yang berlaku ketika anda tidur itu tidak diketahui dan boleh mengundang kemalangan jalan raya.

⚠Cara mengelakkannya

Mudah sahaja. Anda cuma perlukan tidur yang cukup. Jika anda sudah tersengguk-sengguk ketika bawa kereta, sila berhenti seketika untuk tidur ataupun berehat.

Akhir sekali, pandu cermat jiwa selamat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen