“Jangan Letak Halia Pada Badan Anak-Anak, Bahaya!” Doktor Ini Memberi Amaran.

Membuat perubatan secara tradisional adalah salah satu kaedah orang melayu untuk merawat orang ramai. Dengan rawatan tersebut, ramai yang mengatakan ia tidak memudaratkan dan lebih berkesan berbanding dengan rawatan moden.

Antaranya meletakkan halia pada tubuh badan anak-anak untuk hilang pelbagai penyakit.

Tetapi sejauh mana kebenaran tersebut? Ikuti perkongsian dari Puan Rusyainie Ramli ini…

********

Image may contain: text that says 'TAHUKAH ANDA? Makan Sedap Johor Lekapkan halia di dada mampu menghilangkan lendir pada paru-paru hanya dgn tempoh semalaman & mampu menghilangkan sepenuhnya batuk yg teruk. Makan Sedap Johor'

Untuk merawat sesuatu simptom, mesti ada bahan aktif dalam ubat tu yang boleh bertindak ke atas sel yang menjadi targetnya.

Dalam hal halia ni tadi, macam mana bahan aktif dari halia boleh melepasi kulit, memasuki saluran darah dan kemudiannya bertindak ke atas paru-paru?

Halia ada sekumpulan bahan kimia namanya gingerol yang buatkan halia tu bau semacam. Kumpulan Gingerol ni juga buat halia jadi pedas. Sebab tu kalau kita hiris halia banyak-banyak macam yang kita nak buat nasi dagang tu, jari kita akan pedas. Molekul gingerol lebih kurang kumpulan capsaicin dalam cili dan piperine dalam lada hitam. Cuma pedasnya tak sekuat dalam cili dan lada hitam la.

Masalahnya sekarang, bila tampal halia yang pedas tu kat badan kanak-kanak, kita ingat ia bertindak macam kalau kita bubuh minyak panas yang ada mentol atau eucalyptus. KKM dah keluarkan kenyataan yang minyak atau balm yang ada menthol, eucalyptus oil atau camphor oil diharamkan penggunaannya ke atas kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.

Jadi, dengan halia ni kononnya nak alami la.

Bayangkan letak semalaman. Menangis sakan anak kita tu sebab pedas dan pedihnya kulit akibat halia tumbuk tu. Elok-elok hanya ada batuk dan kahak, kita dah buat dia sengsara.

Bayi memang tak boleh keluarkan kahak sendiri. Otot dia belum cukup kuat. Satu cara yang boleh dibuat ialah, dengan gunakan wap air untuk kurangkan hidung tersumbat dan cairkan kahak. Kalau ada pemanas air dalam bilik air, buka pili air dan biar wap air penuh dalam bilik air. Duduk dengan bayi dalam bilik air tu dalam beberapa minit.

Kalau ada humidifier pun boleh guna. Cukup dengan air saja. Tapi kalau wap air yang baru mendidih tu jangan la guna, kang melecur pula bayi.

Atau, nak senang lagi, baringkan bayi dengan badan terlangkup ke bawah, tepuk-tepukkan belakang bayi dengan tapak tangan yang berbentuk berkaup. Jangan risau kalau bayi telan kahak dia, tu normal.

Bayi yang umur kurang dari 3 bulan, demam ke, batuk ke, selsema ke, tak kiralah simptom mana pun, WAJIB BAWA JUMPA DOKTOR SEGERA. Jangan simpan bayi kat rumah dan cuba rawat sendiri.

Kalau bayi tu dah besar sikit, kalau...

  • demam tu dah 3 hari.
  • bayi bernafas laju dan berbunyi semacam.
  • bayi susah nak bernafas, atau otot kat dada dan abdomen terperosok ke dalam bila bayi menarik nafas.
  • tak nak minum susu.
  • tak aktif macam biasa.
  • menangis dan merengek tak henti.

Sekali lagi saya nak ingatkan, yang penting, kalau anak sakit, bawalah jumpa doktor ya. Jangan pandai-pandai buat begini. Kasihan anak kita.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen