10 Amalan Mudah Untuk Pecutan 10 Malam Terakhir Ramadan.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyambut bulan Ramadhan, sebagai muslim pasti banyak persediaan yang kita amalkan supaya diberkati Ilahi. Berkejar-kejar merebut pahala dan beranggapan ia adalah Ramadhan terakhir dan tidak sempat untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

Jadi, saudari Nur Aliah telah berkongsi 10 amalan yang perlu kita amalkan demi 10 malam terakhir Ramadhan…

1. Tunaikan solat fardhu pada awal waktu dan secara berjemaah.

Buat 6 langkah ini juga:

  • Sebelum Subuh = Solat taubat, solat tahajud dan solat hajat.
  • Selepas azan Subuh = Solat sunat subuh, ganjaran sebesar dunia dan seisinya.
  • Lepas Subuh = Baca surah Yassin InshaaAllah di makbulkan segala hajat.
  • Waktu Dhuha = Solat Dhuha dan doa Dhuha, kunci pembukaan pintu rezeki.
  • Selepas solat Asar = Baca surah Al-Waqiah, menurunkan rezeki melimpah ruah.
  • Di antara Magrib dan Isyak = Baca surah Al-Mulk untuk pembukaan rezeki.

2. Laksanakan solat tarawih dan qiyammullail pada setiap malam.

Kalau jatuh pada malam lailatur qadar, bermakna seolah-olah kita telah solat setiap hari selama 84 tahun!

3. Bersedekah walaupun RM1 pada setiap malam.

Sebab kalau jatuh pada malam lailatur qadar, bermakna seolah-olah kita telah bersedekah setiap hari selama 84 tahun!

4. Membaca Al-Quran walaupun 1 muka surat setiap malam.

Baca juga Surah Al-Ikhlas 3 kali sebelum tidur, kalau jatuh pada malam lailatur qadar, bermana seolah-olah kita telah membaca seluruh Al-Quran setiap hari selama 84 tahun!

5. Berbuat baik dan banyakkan khidmat bakti kepada ibu bapa, suami isteri dan anak-anak.

6. Banyakkan berzikir, beristighfar dan berdoa.

Nak paling mudah baca zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, sebanyak 33x. Sebab ini la zikir yang kita boleh istiqamah dan untuk penguat semangat.

7. Baca sepanjang masa doa ini:

‎اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ

“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf. Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku.”

8. Banyakkan bertenang dan jauhkan diri dari sebarang pergaduhan.

Ingat orang yang tenang sentiasa menang.

9. Banyakkan berdoa semoga Allah terima amal ibadah yang kita lakukan.

Terutama 30 minit doa sebelum nak berbuka puasa.

10. Jauhkan diri daripada sifat riak dengan amalan yang telah kita lakukan.

Doa begini;

"Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk melaksanakan ibadah sebaik mungkin untuk-Mu khususnya pada penghujung Ramadan yang mulia dan terimalah segala amalan kami"

Rebutlah peluang di 10 malam terakhir Ramadhan ni. Di doakan agar kita semua beroleh #LailaturQadar dan dapat ganjaran pahala dari Allah swt.

10 malam terakhir ni sekejap je, kan? Jom mulakan dari sekarang!

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen