“Tak Ready Nak Kahwin?” Sebelum Nak Buat Hukuman Sendiri, Cek Dulu 5 Asas Hukum Perkahwinan Ini, Kita Dalam Situasi Yang Mana?

Pada masa kini, bila tanya tentang kahwin pada anak muda yang masih bujang, pelbagai jawapan yang kita dapati.

Tak ready nak kahwin sebab tak kumpul duit lagi…

Tak ready nak kahwin sebab tak ada calon lagi…

Tak ready nak kahwin sebab takut dengan komitmen…

Tak nak kahwin, sebab memang tak nak!

Tapi ada ataupun tidak kita tanya pada diri sendiri, tak ready nak kahwin sebab haram berkahwin?

Eh kenapa haram?

Jom ulangkaji balik 5 asas hukum perkahwinan ini.

1. Anda WAJIB berkahwin apabila…

  • Mampu dari segi fizikal, mental dan juga kewangan.
  • Berkemungkinan besar mudah terjerumus melakukan zina dimana ia adalah dosa besar.
  • Namun, wajib menunaikan Haji dahulu sekiranya dapat mengawal nafsu, sihat tubuh badan, dan cukup semua aspek.

2. Anda SUNAT untuk berkahwin apabila…

  • Keadaan yang normal dimana tiada kerisauan anda akan melakukan zina kerana mampu mengawal nafsu.
  • Malah mampu menahan sifat amarah daripada menzalimi dan mendera pasangan.
  • Namun, situasi sebegini selalunya anda seolah-olah menolak sunnah Rasulullah SAW kerana tiada keinginan langsung untuk berkahwin semata-mata dapat mengawal nafsu.

3. Anda HARAM untuk berkahwin apabila….

  • Tidak berkemampuan langsung dari segi nafkah zahir dan batin, terutamanya golongan lelaki untuk memberi nafkah kepada isteri kelak.
  • Langsung tidak berkeinginan untuk berkahwin tetapi mahu menganiaya pasangan dengan tidak melaksanakan tanggung jawab sebagai suami/isteri.

4. Anda HARUS untuk berkahwin apabila…

  • Mungkin cukup dari segi harta dan kewangan.
  • Atau juga mungkin bersedia dari segi dan mental.
  • Namun, anda tidak lah terdesak untuk berkahwin, malah tiada juga bantahan sekiranya anda mahu berkahwin.

5. Anda MAKRUH untuk berkahwin apabila…

  • Mempunyai kerja yang tidak tetap dan gaji yang sedikit dimana tidak mampu untuk memberi nafkah kelak.
  • Kurang persediaan dari segi dan juga mental.
  • Namun, anda berkeinginan untuk berkahwin tetapi tidak pula memudaratkan pasangan kelak.
  • Seperti mendera suami apabila tidak mendapat duit nafkah, atau suami memukul isteri apabila duit yang diminta tidak ditunaikan.

Dengan 5 asas hukum dalam perkahwinan ini, anda pada situasi yang mana?

Betul ke alasan anda yang ‘Tak ready nak kahwin tu?’

Jangan cepat menilai dan menghukum diri sendiri mahupun orang lain yang masih tidak berkahwin lagi. Apa jua alasan tidak sedia, cek balik ilmu asas agama kita. Jangan terus keluar kenyataan sendiri..

‘Tak nak kahwin lah, tak perlu kahwin pun..’

Tak nak kahwin sebab apa?

Perkahwinan itu sendiri adalah sunat. Namun disebabkan beberapa keadaan pada diri kita sendiri ia menjadi sama ada wajib, harus, makruh dan haram.

Jangan terlalu takut dengan harta yang tidak cukup....

Jangan terlalu takut dengan sikap pasangan yang bakal berubah....

Jangan terlalu takut pada kehilangan juga....

Kalau kita takut bermakna kita tidak yakin dengan Qada' dan Qadar Allah...

Semua itu takdir Allah.

Balik la kepada-Nya.

Cukupkan ilmu agama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen