Raya Kali Ini Jangan Hanya Fokus Kepada Duit Raya Kanak-Kanak Sahaja, Cuba Hulur Wang Belanja Pada Mak Ayah Kita Pula.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tahun ini balik rumah mertua ke kampung halaman sendiri? Tidak kesahlah yang mana pun, yang penting anda dapat cuti dan beraya bersama keluarga. Tak gitu?

Setiap kali Hari Raya sahaja, pasti ramai yang berebut-rebut nak tukar duit raya buat kanak-kanak yang datang mengunjungi rumah nantikan? Nilai yang diberikan biasanya bukan sedikit, kadang kala memakan beratus ringgit jugalah kan. Yelah kanak-kanak zaman sekarang ini kalau diberi sekadar RM1 pasti akan merasakan anda kedekut. Memilih betul mereka ini kan?

Namun pernah atau tidak kita terfikir untuk belanja kedua orang tua kita? Bagi duit raya kepada kanak-kanak itu bukan wajib pun ia sekadar untuk memeriahkan suasana Hari Raya sahaja.



Setiap kali kita pulang raya bersama adik beradik yang lain, mak ayah kita ini terpaksa berbelanja lebih dari selalu kerana merasa gembira melihat anak-anak pulang ke rumah mereka. Bahkan segala keperluan asas telah mak ayah sediakan kerana mahukan anak-anak mereka selesa. Tapi kita nak hulur wang sedikit pun tersangatlah berkira.

Apa kata raya kali ini, anda hulurkan sedkit wang belanja berserta duit raya buat Ibu bapa anda, seperti yang dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad ini. Semoga ia bermanfaat dalam mendidik kita sebagai anak yang mengenang jasa orang tua.

Belanja Ibubapa Raya Ini?

Bila balik raya ini, jangan hanya focus kepada duit raya sahaja. Fokus juga kepada ibubapa kita.

1. Utamakan perbelanjaan untuk ibubapa dari sebok nak beri duit raya buat kanak kanak gembira sahaja. Memang kita tinggal 4-5 hari sahaja, tetapi ringankan tulang berikan ibubapa belanja.

Duit raya lain, duit belanja lain.

2. Jangan serahkan belanja rumah dan raya itu kepada Kak Chik tau Abang Ngah yang masih bujang sahaja.

“Alah dia gaji besar, bujang lagi. Kami semua anak dah lima”. Itu tidak adil namanya.

3. Selain berikan duit belanja raya buat ibubapa. Sesekali buatlah pakat adik beradik untuk ajak tolak troli beli barang di Tesco atau Mydin sekeluraga buat ibubapa.

Rumah yang dulunya periuk nasik kecil, raya ini kena masak 3 kali ganda.

4. Bil api air dah tentu tinggi, pakat buat adik beradik untuk bantu belanja juga. “Alah takkan nak berkira balik kejap sahaja”. Kita yang sedang berkira kira sebenarnya.

5. “Tak semua orang kaya dan senang, mana boleh bagi duit”. Jika begitu, bantulah ringankan beban dengan kemas dan pasang langsir baru atau buang habuk dikipas siling.

6. Masaklah beramai ramai kerana ia lebih nikmat dari makan diluar yang mahal. Kita belum tentu dan tahu, apakah lebaran depan kita bersama lagi.

7. Jangan terlalu focus kepada persiapan raya sahaja hingga lupa belanja raya dirumah ibubapa kawan. Buat sampul khusus untuk raya ini kawan.

Sekadar pandangan
Azizul Azli Ahmad.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen