6 Sebab Kenapa Ibu Bapa Patut Memberi Galakkan Pada Anak Untuk Membela Kucing.

Ada segelintir daripada ibu bapa tidak menggalakkan adanya haiwan peliharaan di dalam rumah kerana dikhuatiri akan mempunyai penyakit daripada haiwan tersebut. Situasi ini dapat dilihat apabila ibu bapa takut sekiranya anak-anak akan mengalami asma jika membela kucing di dalam rumah. Alasannya bulu kucing yang akan memberi ketidakselesaan pada anaknya kelak.

Namun, sebenarnya menurut kajian anak-anak kecil yang membesar dengan kucing kurang terdedah dengan alahan dan juga asma. Kajian ini dari Clinical dan Experimental Allergy state dimana, adanya kanak-kanak lelaki yang terdedah dengan lebih lambat dengan alahan. Ini kerana bulu dari haiwan peliharaan mampu membina sistem imun yang kukuh dalam tubuh badan kanak-kanak.

Selain daripada itu, ibu bapa patut memberi galakkan pada anak-anak untuk membela kucing supaya…

1. Anak-anak mempunyai rasa tanggung jawab.

Related image

Dengan membela kucing di rumah, ia sebenarnya dapat membantu atau memupuk rasa tanggung jawab dalam diri anak-anak sejak dari usia muda. Anak-anak bukan sahaja akan mempunyai rasa tanggung jawab yang tinggi, malah ada juga rasa prihatin, mengambil berat dan secara tidak langsung membina empati diri yang lebih baik.

Dengan adanya rasa tanggung jawab ini, ibu bapa secara tidak langsung mendidik anak-anak untuk belajar berdikari juga.

2. Anak-anak dapat membina keyakinan diri.

Image result for kids and cat

Membela kucing juga sebenarnya dapat membina keyakinan dalam diri anak-anak pada peringkat awal kerana jika kucing itu dapat dibesarkan dengan sihat, anak-anak akan berasa gembira. Dalam perasaan gembira tersebut, mereka sebenarnya percaya pada diri sendiri bahawa anak kucing pun mereka mampu jaga. Ia adalah satu kejayaan untuk dirinya.

3. Anak-anak menjadi lebih produktif.

Image result for kids and cat

Ketika anak-anak lain leka dengan teknologi terkini, tetapi anak-anak anda sibuk pula dengan haiwan peliharaannya. Ini adalah situasi dan hubungan yang sihat antara kucing tersebut dengan anak anda. Anak anda akan lebih aktif bermain-main dengan kucing, berlari, berkejaran dan sebagainya.

4. Anak-anak menjadi lebih tenang.

Percaya atau tidak, kucing sebenarnya akan memberi aura ketenangan pada tuannya sendiri. Ketika kucing sedang mengeluarkan bunyi ‘Purrr….’, ia adalah tanda isyarat memberi ketenangan dalam rumah dan juga pada orang sekeliling.

Image result for kids and cat

Kalau kita sedar, bila kita memeluk si comel yang sedang mengeluarkan bunyi ‘Purrr..’ kita akan berasa lebih tenang, kan?

5. Anak-anak menjadi lebih gembira.

Selain memberi ketenangan, kucing juga mampu melegakan ketenangan dalam diri tuannya. Dengan melepaskan tekanan ini, secara tidak langsung kita akan menjadi lebih gembira dan ceria. Sebab itu, anak-anak yang memiliki haiwan peliharaan kelihatan sentiasa ceria sahaja.

Image result for kids and cat

Menurut kajian, haiwan kesayangan adalah bentuk yang kuat dalam melegakan tekanan, menurunkan tekanan darah dan juga mengurangkan tekanan yang bahaya seperti kortisol dimana ia dikaitkan dengan depresi.

6. Mampu tingkatkan kemahiran membaca anak-anak.

Sebagai orang dewasa, apabila kita mahu membuat presentation dihadapan lecturer dan orang ramai, sudah tentu kita akan praktikkan di hadapan cermin sambil membaca dengan kuat, kan?

Image result for kids and cat

Begitu juga dengan anak kecil. Secara tidak sedar, anak-anak kecil lebih suka membaca dengan kuat di hadapan kucingnya, berkemungkinan besar kucing tidak akan menghakimi dan mengkritik gaya pembacaannya sepertimana apa yang kita rasa ketika dewasa. Tidak suka dikritik.

Apabila anak-anak membaca dengan kuat dan berulang-kali, ia membantu kadar fasihnya untuk membaca.

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!

Image result for cat purring gif

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen