Suami Juga Adalah Seorang Insan Yang Punya Hati Dan Perasaan….

Lelaki yang bergelar suami juga mempunyai perasaan dan hati…

Mereka ini juga mempunyai emosi yang tersembunyi…

Ia seolah-olah dapat dikawal dengan ego dalam diri, namun sebenarnya tidaklah sekuat fizikal yang gagah berdiri.

Bak kata pepatah…

‘Lelaki Itu Kuat Tetapi Tidak Setabah Wanita..’

Sekali bertindak tanpa berfikir panjang, memang musnah semuanya, terutama bagi mereka yang sudah berumah tangga.

Isteri yang makan hati. Anak-anak apatah lagi.

Suami itu perlu taat pada ibunya, dan juga pencipta-Nya.

Jadi, segala yang terlintas dalam hatinya akan terus sampai kepada Allah SWT. Itu kelebihan suami yang Allah berikan.

Kerana itu tugas dan tanggung jawab suami lebih berat daripada isteri. Selagi tidak menjaga amanah Allah ini, dia bukan derhaka kepada ibunya tetapi derhaka kepada Allah SWT.

Selagi tidak membuat isteri berasa tenang dalam rumah sendiri, sepanjang masa rezeki terasa sempit.

Wahai isteri…

Jangan terlalu suka bermasam muka….

Jangan terlalu suka merajuk sepanjang masa…

Jika terasa sentap dengan suami atau tersinggung dengan sikapnya, segera maafkan kesilapan suami sebelum Allah SWT murka kepada dirinya.

Mahu melihat wajah suami tenang sebelum tidur, tenangkan hatinya. Tenangkan jiwanya.

Jangan mengharap suami akan berubah sikap selagi diri sendiri sentiasa mengaibkan suami di sosial media dan juga sahabat handai jua.

Jangan selalu buat suami marah, kerana kemarahan suami adalah kemurkaan Allah pada isteri.

Sekali buat suami tak tenang, nanti segala urusan sukar untuk diselesaikan.

Nak masak, minyak tertumpah…

Nak jemput anak, tersalah jalan…

Nak buat kerja, asyik kena marah dengan boss pula…

Sudah tentu sebagai isteri untuk menguruskan rumah tangga juga tidak berasa begitu tenang.

Jadi isteri itu tidak mudah, tetapi akan dipermudahkan jalan sekiranya tahu untuk taat pada suami dan juga Allah SWT.

Buat apa sahaja demi Allah SWT….

Jadilah Qurratu ‘Ain pada suami….

BACA: Mudah Sahaja Mahu Menjadi Isteri Yang Solehah, Yang Penting Jadi Qurratu ‘Ain Suami.

Jadilah isteri solehah pada suami…

Suami mendiamkan diri bukan bermaksud mereka tidak mempunyai sebarang masalah….

Suami menjauhkan diri bukan tidak mahu selesaikan masalah…

Tapi tiada pertolongan ketika mindanya mempunyai 1001 solusi….

Perkahwinan kan tentang dua jiwa….

Jangan tinggalkan suami selesaikan masalah berseorangan…


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen