“Pokai Lepas Raya?” Cuba 6 Langkah Ini.

“Bukan sahaja gaji tinggal sikit, bonus raya boss bagi pun dah habis semua dibelanjakan. Memang pokai habis!”

Memang majoriti dikalangan kita secara tidak sedar banyak wang akan dihabiskan pada bulan Ramadan dan juga Syawal. Pasa ketika ini, wang memang banyak dibelanjakan seperti berikut;

  • Beli baju baru.
  • Beli perabot baru.
  • Bagi duit raya pada ibu bapa.
  • Bagi duit raya pada anak-anak kecil.
  • Perbelanjaan untuk open house.

Macam mana tak pokai kan?

Jadi, untuk menjadi individu yang bijak supaya tidak meminjam pada sahabat handai, cuba beberapa langkah ini untuk mengatasi masalah anda…

Lagi 2 minggu nak gaji, nak buat kena buat apa?

1. Puasa.

Ini lah peluang anda untuk membuat puasa 6 dan ganti juga ganti puasa bagi kaum wanita yang uzur. Ia juga adalah peluang untuk kita menambahkan amal ibadah supaya kita tidak putus-putus mengejar pahala kepada-Nya. Bukan sekadar untuk berjimat-cermat sahaja, ini untuk mengingatkan diri anda bahawa rezeki itu semua dari-Nya.

Cuba kalau anda berpuasa, berapa banyak wang yang akan dibelanjakan? Sekurang-kurangnya bawah RM15 sehari, sekiranya belanja untuk berbuka puasa sahaja.

2. Masak.

Nak lebih jimat, beli barang dapur untuk seminggu atau 2 minggu berpuasa supaya anda boleh masak pelbagai masakan. Masak simple-simple pun memadai. Antara menu yang anda boleh dapat;

  • Ikan goreng dan sayur.
  • Telur masak sambal atau kicap.
  • Goreng sayur campur dengan daging/ayam.
  • Roti telur untuk sarapan.

Dan sebagainya. Selang sehari makan masakan yang sama pun tak apa. Nak jimat kan.

3. Stop window shopping!

Kalau dah tahu pokai tu, hentikan buat sementara waktu nak pergi shopping mall untuk window shopping semata. Bila dah jalan-jalan kat shopping mall tu biasa lah, bukan window shopping pun, balik rumah tiba-tiba banyak pula plastik bag.

Eh, terbeli, katanya…

4. Stop berhibur!

Berhibur seperti tengok wayang, karoke dan seumpama dengannya. Kalau kawan-kawan ajak pun, tolak lah sebaik mungkin. Jangan hanya disebabkan nak jaga hati kawan, duit anda pun melayang. Itu bukan kawan, tapi mungkin syaitan…eh!

5. Naik bas!

Kalau anda rasa dengan menggunakan kereta sendiri boleh mengakibatkan anda menjadi lebih pokai, disebabkan tol dan juga petrol, cuba untuk naik bas atau pengangkutan awam yang lain untuk pergi ke pejabat. Nak lebih jimat, carpool bersama rakan sepejabat anda. Tong tong la duit minyak dan tol…

6. Pergi open house atau kenduri kahwin.

Dan, ini lah peluang anda untuk pergi kenduri dan open house rakan-rakan pula. Bagi mereka yang masih bujang pasti liat nak pergi ke kenduri kerana nak mengelakkan diri dari di persoalkan “Bila nak kahwin?”, tapi disebabkan untuk berjimat apa salahnya bersosial dan berjumpa dengan sahabat handai.

Bukan selalu pun.

Selamat Mencuba dan Selamat Hari Raya! Raya kan sebulan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen