6 Perkara Tentang Presiden Mohamed Morsi Yang Akan Sentiasa Diingati.

Umat Islam dikejutkan dengan berita bekas presiden Mersi, Mohamed Morsi meninggal dunia ketika perbicaraan di mahkamah pada Isnin. Dilaporkan Morsi rebah selepas penutup sesi perbicaraan di mahkamah dan meninggal dunia sejurus selepas itu. Beliau dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Morsi dipilih secara demokratik pada 2012 yang menyaksikan berakhirnya pemerintahan 30 tahun Presiden Hosni Mubarak. Kemudian digulingkan selepas protes besar-besaran dan rampasan kuasa tentera pada Julai 2013. Morsi, 67, hanya sempat berkhidmat selama setahun, sementara organisasi yang dimiliki beliau, Ikhwanul Muslimin, telah diharamkan.

Selain daripada itu, beliau adalah seorang...

1. Merupakan Hafiz Al-Quran.

Salah satu fakta yang ramai tidak tahu adalah presiden Morsi menghafal seluruh al-quran dengan sepenuh hati.

Rasulullah SAW berkata: “Yang terbaik di antara kamu adalah orang-orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya.”

2. Seorang Yang Bijaksana.

Bukti, beliau menerima PHD dalam kurusan sains bahan University of Southern California pada tahun 1982. Semasa tinggal di Amerika Syarikat, Morsi menjadi penolong profesor di California State University, Northridge dari tahun 1982 hingga 1985. Morsi, pakar dalam bidang logam bekerja dengan NASA pada awal 1980-an, membantu membangunkan enjin Shuttle Space. Kembali ke Mesir, Morsi menjadi profesor di Universiti Zagazig, di mana beliau dilantik sebagai ketua jabatan kejuruteraan. Morsi adalah pensyarah dan ketua Jabatan Kejuruteraan di Zagazig University sehingga tahun 2010.

3. Yang Hanya Tinggal Di Apartment Biasa.

Apabila Morsi memasuki istana Presiden untuk pertama kalinya, beliau menolak tinggal di situ. Beliau merasakan membazir menjalankan tugasan kerajaan rasmi di istana yang luas itu, dan akan terus tinggal di apartment biasa sahaja.

4. Tolak Rawatan Istimewa Untuk Kakaknya Yang Sakit.

Ketika Morsi menjadi presiden, kakaknya jatuh sakit. Doktor yang merawat memberitahu dia mungkin boleh diselamatkan jika dipindahkan ke Eropah atau Amerika demi mendapatkan rawatan terbaik. Tetapi Morsi enggan menerima hak keistimewaan kerana kedudukan yang dipegang. Kakaknya meninggal dunia di hospital kerajaan seperti warga Mesir yang lain.

5. Pemimpin Dengan Gaji Terendah Di Dunia.

Ternyata Presiden Morsi adalah pemimpim dunia yang paling rendah dibayar. Beliau menetapkan gajinya $10,000 untuk sepanjang tahun. Ketika saat kejatuhan, beliau tidak mengambil sebarang gaji dan telah bekerja secara percuma.

6. Tiada Gambar Rasmi Ketika Pentadbiran

Apabila Morsi dipilih sebagai presiden, beliau memutuskan bahawa gambarnya tidak boleh digantung di mana-mana bangunan kerajaan dan menggantikan potret dengan nama Allah. Walau bagaimanapun, dasar ini telah diterbalikkan dan rakyat Mesir kembali memuliakan pemerintah mereka.

Dilaporkan, pada 2018, tiga ahli parlimen British melaporkan bahawa Morsi dikurung bersendirian selama 23 jam sehari, dan hanya dibenarkan bersenam selama satu jam. Menurut mereka, cara Morsi dikurung boleh diklasifikasikan sebagai penyeksaan dan juga boleh menyebabkan kematian. Morsi yang mempunyai masalah kesihatan termasuk kencing manis serta penyakit hati dan buah pinggang juga dilaporkan tidak menerima rawatan perubatan yang diperlukan.

Al-Fatihah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen