Jangan Lakukan 4 Perkara Ini Pada Tudung Kesayangan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang perempuan ini kalau tudung tak jadi boleh murung satu hari. Itu belum ditambah dengan sikit-sikit belek tudung biar kelihatan kemas dan sedap mata memandang. Bagi wanita yang bertudung, tudung ini adalah mahkota yang paling utama, bahkan ia juga mencerminkan dirinya.

Aduhh, kalau tudung yang dikenakan itu tidak seperti yang diinginkan, mahu bad mood mereka ini.

Tudung ini memiliki pelbagai jenis, bermula dengan tudung bawal hinggalah ke selendang. Tidak hanya itu sahaja, ada yang dibeli dengan harga yang murah atau mahal berserta pelbagai jenis fabric yang sememangnya kadang kala begitu sensitive. Ada yang rosak bila dicuci, tak kurang juga warna menjadi pudar.



Tak akan setiap kali rosak nak beli tudung baru bukan? Mestilah ia satu pembaziran. Tidak hanya itu, kadang kala tudung yang dibeli itu tersangatlah exclusive dan miliki kenangan yang tersembunyi.

Ini tips penjagaan tudung kesayangan anda, pasti tidak rosak lagi selepas ini.



1. Jangan ramas tudung ketika mencuci

Ketika mencuci tudung, jangan diramas. Cara ini boleh merosakkan tudung anda. Tindakan yang tepat adalah cukup dengan mencelup dan mengangkat tudung beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.

2. Rendam tudung kurang 15 minit

Selepas mencelup dan mengangkat beberapa kali, rendamkan tudung di dalam campuran air bersama pelembut selama 10 ke 15 minit. Kemudian, bilas tudung tersebut bersama air bersih. Ingat, jemur tudung anda di kawasan yang redup bukannya di bawah sinaran matahari yang terik. Ia boleh merosakkan dan memudarkan warna tudung.



3. Elakkan membasuh tudung menggunakan mesin basuh

Membasuh tudung dengan mesin basuh boleh merosakkan tudung anda. Tekanan kuat pada mesin basuh tidak sesuai dengan material tudung anda. Sebaiknya cuci dengan tangan.

4. Jangan basuh tudung bersama pakaian lain

Sebaiknya, cuci tudung anda bersama tudung sahaja. Jangan sesekali mencampurkan tudung anda dengan kain atau pakaian lain. Banyak kes di mana warna baju turun dan merosakkan tudung.

Selamat mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen