Dalam Diam 9 Sifat Ini Yang Sering Buatkan Hidup Kita Tidak Tenang.

Kadang-kala kita pasti akan tertanya-tanya, apa sebenarnya yang masih membuatkan diri kita menjadi tidak tenang. Buatlah apa jua perkara, walaupun kita rasa ia ada kebaikan pada orang lain, tetapi masih lagi diri ini tidak lagi tenang.

Cuba periksa dalam hati kita.

Cuba ingat kembali, apakah yang terdetik dalam hati kita ketika melakukan sesuatu urusan.

Adakah timbul sesuatu sifat yang kita tidak sedar sebenarnya?

Sifat yang macam mana sebenarnya yang membuatkan diri kita tidak tenang secara tidak sedar…

1. Pemarah.

Dalam diam sebenarnya, kita buat sesuatu urusan dalam keadaan yang sedang marah. Hati yang tidak ikhlas apabila melakukan sesuatu. Kita marah apabila disuruh, tidak kira sama ada disuruh oleh ibu sendiri atau majikan, sebagai contoh.

2. Pendendam.

Apabila perasaan marah tidak boleh hilang dalam hati kita sendiri, lama-kelamaan perasaan tersebut menjadi dendam. Terlahirnya perasaan dendam, kerana tidak boleh berlapang dada kenapa kita yang kena buat semua urusan tersebut, padahal ada orang lain yang boleh lakukannya.

3. Hasad Dengki.

Daripada perasaan dendam dan dengki, akan terlahirnya satu perasaan hasad dengki. Tidak kira sama ada pada sahabat, sanak saudara, adik-beradik atau pada ibu bapa sendiri. Hati sentiasa tidak senang melihat orang lain lebih bahagia.

4. Kedekut.

Kita bukan sahaja kedekut dengan orang yang tidak berkemampuan, tetapi kedekut juga dengan ahli keluarga sendiri. Terlalu berkira-kira kerana takut wang dan harta akan kehabisan. Terdetik sedikit perasaan takut ini, pasti hidup kita berasa kurang tenang.

5. Tamak.

‘Orang Tamak Selalu Rugi’

Tamak ni bukan sahaja dari segi kebendaan, tetapi boleh jadi pada perkara yang kita sendiri tidak nampak, namun boleh dirasa. Sebagai contoh tamak dengan ‘kebahagiaan’ orang lain. Tamak dengan ‘kegembiraan’ orang lain, sehingga kita sendiri mahu membina kebahagiaan sendiri di atas kederitaan orang lain.

6. Tidak Sabar.

Selain daripada itu, perasaan tidak sabar juga membuatkan diri kita tidak tenang. Semua perkara mesti nak ‘On Time’… ‘On The Spot’, sehingga memudaratkan orang lain. Terlalu tergocoh-gocoh, dan mementingkan diri sendiri sahaja.

7. Ego.

Ego juga yang akhirnya akan makan diri kita sendiri. Hanya kerana terlalu ego, kita mahu menang. Tiada perasaan serba salah pada orang lain lebih-lebih lagi orang yang rendah tarafnya.

8. Riak.

Takbur....

Suka Show Off....

Adalah perasaan yang memang sebenarnya membuatkan diri kita tidak tenang. Kita rasakan dengan menunjuk-nunjuk dapat membuat kita bahagia dan happy, tapi sebenarnya jauh dalam sudut hati, kita rasa tidak tenang.

9. Terlalu cintakan duniawi.

Kadang-kadang kita tersilap dengan ayat ini ‘Hayya Alal Falah’ iaitu ‘Marilah Menuju Kejayaan’ bermaksud menuju kejayaan bukan hanya pada duniawi tetapi untuk hari akhirat juga. Terlalu mengharapkan pada manusia, dan tiada pergantungan kepada-Nya, hati akan berasa tidak tenang.

Kita Dapat Menipu Orang Yang Melihat, Tetapi Kita Tidak Dapat Menipu Allah Yang Maha Mendengar Dalam Hati Kecil Ini!

Allahuakbar…

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen