Banyak Cara Nak Bangkitkan Emosi Yang Muram Itu, Tak Mampu Keluar Wang Guna Kata-Kata Juga Mencukupi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau suami ini pandai ambil hati isterinya, maka bahagialah rumahtangganya. Mana tidaknya, suami pulang isteri sambut dengan kemanisan dibibirnya bahkan layanan sudah tentu berlainan berbanding dengan suami-suami yang tidak tahu mengambil isteri.

Masalah orang perempuan ini adalah emosinya, apabila emosinya menguasainya maka, seluruh isi rumah juga akan mendapat tempiasnya. Haa, ini lah yang membuatkan rumahtangga rasa seperti kosong dan kurang bahagia.

Sebab itulah orang lelaki ini kena bijak ambil hati isteri, jangan biarkan isteri terus menerus layan emosi sendiri. Macam yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif ini, ada 5 cara nak pulihkan emosi isteri yang sedang berkurangan itu.



Muram betul wajah isteri saya semenjak saya balik ni. Biasanya dia la paling murah senyuman.

Fikir punya fikir, laaaa.. TANGKI EMOSI dia tengah kering rupanya. Yela, baru ni seminggu saya takde kat rumah. Dia la yang jaga rumah, dia la yang jaga anak. Seminggu buat kerja tu semua sorang sorang. Memang kepenatan dan kering kontang la tangki emosi dia.

Banyak cara sebenarnya nak isi balik tangki emosi isteri tu. Antaranya :

Cara pertama - Words of Affirmation
Banyakkan pujian & luahan cinta dan rindu kat si dia

Cara kedua - Physical Touch
Kena buat buat manja dengan berdempek je dengan si dia

Cara ketiga - Act of Service
Kena banyak tolong dia buat kerja kat rumah terutamanya yang berkaitan dengan anak anak

Cara keempat - Quality Time
Berada di samping dia, dengar luahannya & jangan sibuk main game dan smartphone di depannya

Cara kelima - Receiving Gift
Belikan dia sesuatu yang membuatkan dia rasa dihargai dan diingati

Daripada kelima lima cara untuk penuhkan tangki emosi isteri saya tu, semalam saya cuba pilih cara yang kelima tu, iaitu Receiving Gift.

Jadi, kebetulan semalam kat Mydin Jasin tu ada kedai emas Wah Chan. Saya sengaja bagi dia shopping mata kat situ. Tengah dia belek belek anting anting kat situ, saya tanya dia ;



" Sayang nak yang mana? "

Terkebil kebil dan terkejut dia bila saya tanya macam tu. Saya ni dah la jenis tak reti beli emas sebenarnya tapi kali ni saya beranikan diri je la demi mengisi tangki emosi si dia yang sedang kekeringan.

Balik je rumah semalam, terus dia hidangkan saya serawa durian cicah roti. Fuh! Nikmat betul! Tapi yang paling nikmat malam tu adalah bila saya tengok wajah muram dan redup isteri saya tu dah bertukar cerah dan penuh senyuman!

Sampai ke pagi tadi pun si dia tak berhenti henti senyum. Memang penuh sungguh tangki emosinya! Kalaulah para suami di luar sana tahu rahsia ini dan mempraktikkannya, alangkah indahnya dunia.

Taufiq Razif
Suami Yang Sibuk Ke Sini Sana

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen