Wanita Bila Tengah Emosi, Cuba Pujuk Dan Dekati Bukan Tambah Lagi Beban Di Hati Mereka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang perempuan ini sememangnya tidak akan lari dengan perasaan emosi yang sungguh kuat. Bahkan mereka ini lebih mengikuti perasaan emosi mereka berbanding memikirkan perkara tersebut secara rasional. Sebab itulah bila terasa hati mereka merajuk dan menangis, sebab emosi mereka lebih menguasai mereka berbanding dengan fikiran mereka.

Jadi kalau ia melibatkan emosi ini, sudah tentulah tidak boleh sebarang sahaja. Kerana apa? Ini kerana, apabila anda tidak tahu membentuk emosinya maka dia akan semakin menjauh dengan anda, bila semakin jauh hubungan juga sudah tidak sebahagia dulu.

Kalau nak bahagia dengan isteri kita, jaga emosi mereka barulah mereka ini mampu menjaga kita dengah baik. Tak tahu nak handle emosi wanita dengan baik? Cuba ikut nasihat dari Firdaus shakirin ini.



Jangan pandang remeh bila seorang wanita kelihatan sudah mula beremosi...

Dekati dia, bantu dia, pujuk dirinya...



Wanita ketika dah penat sangat atau tak sihat akan mudah beremosi. Wanita yang sedang beremosi, sangat perlukan perhatian dan Jangan sesekali ditinggalkan dia bersendirian...kalau dia nak luah perasaan, biar dia luahkan. Kita dengar baik-baik, jangan membantah, jangan melawan, jangan menyalahkan dia.

Just dengar…

Wanita ketika sedang beremosi, dia hanya ingin melepaskan apa yang terbuku di hatinya. Dia ingin keluarkan rasa sesak dan serabut yang mengganggu fikirannya, ketika ini, otaknya tepu, dia dah tak boleh nak fikir apa dah. Dia dah tak tahu apa yang dia nak buat.

Jangan ditambah apa-apa lagi sekarang ni. Ini bukanlah masa yang tepat untuk memberikan nasihat, apatah lagi untuk berdebat dan mempertikaikannya. Dia sedang bermain dan berperang dengan perasaannya sendiri...

Jadi Jangan marah seorang wanita ketika dia sedang beremosi, jangan pulak disalahkan dia tapi bantu dia melepasi saat sukarnya. Tenangkan dia...



Nanti bila dia dah tenang, bila fikirannya sudah kembali rasional, bila apa yang menyesakkan dadanya sudah keluar, sudah lega, masa tu baru nasihatkan dia. Baru apa yang kita tegur dan nasihatkan itu masuk ke dalam dirinya...

Cara lelaki dan wanita menghadapi tekanan itu tak sama dan jangan pandang seolah-olah perkara ini bukanlah satu isu yang besar. Terlalu kerap beremosi dan tidak berpeluang untuk meluahkan akan membawa kepada KEMURUNGAN...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen