“Nak Bersara Awal? Pengurusan Kewangan Perlu Ketat!” Pesan Wanita Ini.

Antara aspek utama dalam menguruskan kewangan adalah perancangan ketika persaraan atau dipanggil Retirement Plan. Ada yang hanya mengikut nasib dengan duit EPF, BSS atau Pencen, namun ada juga sebilangan orang muda mahu berusaha lebih supaya dapat bersara awal.

Bersara awal untuk menikmati kehidupan sebelum usia yang lebih tua.

Untuk meneruskan usaha ini, ikuti perkongsian dan tips dari Puan Marlia Ramli ini…

********

No photo description available.

Rejim Kewangan.

Nak bersara cepat? Rejim kewangan perlu ketat.

1 – Simpanan bulanan 10% tu biasa-biasa. Pastikan agih ke arah simpanan dan kekayaan 30% hingga 50% sebulan. Paling menggigil pun 15% la sebulan. Kan? Kan? Kan?

Sebagai contoh, gaji RM3000, simpan RM300. Tetapi cuba untuk simpan 20% daripada duit gaji iaitu RM600.

2 – Memandu kereta jenama 12 bulan gaji itu biasa-biasa. Usaha pandu kereta bebas hutang atau sekitar 6 bulan gaji sahaja. Belum mampu? Motor, grab dan pengangkutan awam kan ado? Car pool dengan kawan pun boleh juga.

3 – Penggiraan gaji kasar adalah biasa-biasa. Sentiasa ingatkan diri, gaji hakiki cuma gaji bersih sahaja. Setiap perbelanjaan dan tabungan kira dari gaji bersih sahaja.

4 – Fokus kepada satu dua cabang simpanan adalah biasa-biasa. Cuba pelbagaikan agar kekayaan lebih terimbang untung ruginya. Cuba join team simpanan emas.

5 – Buat dua kerja menjana income geli-geli adalah biasa-biasa. Cuba wujudkan minima pendapatan ketiga agar mengira bulanan minimum lima angka.

6 – Dana cemas satu hingga tiga bulan itu biasa-biasa. Sasarkan sekitar 6 hingga 12 bulan yang dipecahkan kepada 50%-50%. Sebahagian tunai, sebahagian emas agar lebih selesa.

7 – Bebas hutang pada usia 45 adalah biasa-biasa. Paksa sucikan diri dari segala hutang jahat sebelum tamat usia 35. Usia dah tua kalau boleh tak nak terbelenggu hutang bermaharajalela. #apeni

8 – Bersara pada usia 50 hingga 60 adalah biasa-biasa. Sasarkan persaraan pada usia 40an sahaja. Lepas itu jika mahu bekerja, lakukan kerana mahu buang masa dan menyumbang kepada masyarakat, bukan bekerja kerana wang semata-mata.

9 – Bayar zakat 2.5% itu biasa-biasa. Paksakan diri sumbang 5% sebagai penambah berkat membantu rakan yang lebih miskin. Pemberian ibu bapa dan sedekah jangan dilupa ya! Kita kan tamak? Nak harta kita dibawa hingga ke syurga.

10 – Tudiiiiaaa.... Ketatnya REJIM KEWANGAN ni?

Ya, jika nak selesa, segala-gala perlukan tindakan segera. Jika kita lambat dan bertangguh, manalah masa sudi menunggu kita? Kewangan kita, persaraan kita. Kita lah pilih mahu yang bagaimana?

Salam sayang…

*******

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen