“Bagi Mereka Yang Mahu Berkahwin, Rumah Tangga Sebenarnya Memerlukan Kekuatan Suami Isteri”

Kekuatan dalam membina rumah tangga, hanya pasangan suami isteri itu sendiri yang boleh rasakan. Selagi tidak berkahwin, selagi itu tidak tahu sejauh mana cabaran dan ujian yang diberikan.

Selagi kedua-dua pihak tidak kuat, selagi itu rumah tangga akan sentiasa goyah.

Seperti perkongsian dari saudara Firdaus Mokhtar ini, kekuatan yang amat diperlukan oleh suami isteri adalah melalui SOLAT. Selagi tak solat, selagi itu rumah tangga sukar untuk dibina.

Berikut adalah perkongsian dan nasihat daripada beliau…

********

Setiap Rumahtangga Perlukan Kekuatan. Sebelum Lahirnya Kesefahaman Dan Keselarian, Mesti Ada Kesatuan Hati.

Dan, (haaa.. yang ini penting)

Untuk hati bersatu itu sifatnya maknawi.

Maksudnya bukan boleh kita lihat dan kita atur aturkan macam kita susun mainan hot wheels dekat almari kaca kita. Bukan, bukan macam tu.

Susun barang memang boleh pakai tangan, kita nampak, kita pegang, bagi selari, nampak kemas, bila berhabuk kita sapu habuk dengan penyapu bulu ayam. Bila ada anak jiran datang usik, buka kotak hot wheels tu kita boleh marahkan.

Tuan tuan,

Hati tidak bersifat lahir. Kita tak nampak. Walau pun kita nak tengok hati pasangan kita, iya tak nampak. Kita rasa dah lama bercinta, lama berkahwin, kita dan pasangan dah sehati sejiwa. Rupanya tidak.

Lain kita harapkan daripada pasangan kita, lain pula yang dia bayangkan daripada kita. Hati tak boleh kita pegang-pegang. Kalau kotor tak boleh kita bawa keluar daripada badan, rendam dengan clorox dan berus sental kuat kuat bersihkan. Tak boleh bang.

Maka, untuk satukan hati hakikatnya kena guna cara yang juga bersifat hati tadi, iya cara maknawi.

Kawan-kawan yang baik,

Sembahyanglah ibu segala kebaikan. Kita nak kebaikan dalam rumahtangga, kena sembahyang. Kita nak hati kita dan pasangan bersatu, sembahyanglah.

Nak lagi cepat hati bersatu, sembahyang jemaah hari-hari. Tak dapat setiap waktu, cari waktu tertentu yang kita boleh sembahyang bersama.

Berdiri, rukuk dan sujud bersama. Wirid bersama, zikir bersama, berdoa bersama, taubat bersama dan akhir sekali bersalaman bersama lepas habis sembahyang.

Di sini nanti barulah Tuhan jatuhkan rasa cinta yang sebenar antara kita dan pasangan. Rasa pasangan kita itu separuh jiwa kita. Kesempurnaan hidup kita.

Yang nanti, bila berdepan ujian seberat apa pun, kita dan dia akan berpegangan tangan, jalan dan tempuh bersama, tanpa kita tinggalkan siapa-siapa di belakang.

Iya, kita akan jadi suami isteri sampai syurga.

Begitulah hendaknya.

Amin.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen