“Nak Kahwin Nanti, Siap Sedia Jadual Tidur Tidak Menentu Kerana Bayi Anda Bakal Menganggu Tidur Anda”

Pada fasa bulan madu, pasangan suami isteri akan berasa perkahwinan yang sangat indah kerana hanya hidup berdua. Tetapi bersiap sedia apabila memiliki cahaya mata kerana tidur kalian berdua akan terganggu sehingga menjadi tekanan.

Jadi, ikuti kisah dari Dr Rizal ini, berserta dengan pesanannya untuk menjaga bayi anda kelak…

Image may contain: 1 person, smiling, sitting, phone, laptop and indoor

********

Anda, Bayi Dan Tidur.

Bila ada anak kecil tidur mula terganggu. Ramai telah alami. Ramai sedang alami. Tekuni luahan berikut:

“Dr. Rizal. Saya marah betul dengan suami. Dia dapat tidur lama. Nyenyak.

Anak saya baru 9 bulan. Bangun malam 2-3 kali. Suami tidur mampus.

Anak menangis dia tak dengar. Tak bergerak. Bila bangun komplen dia letih sangat.

Saya yang menderita tidur tak cukup. Malam tak nyenyak. Siang pun tak dapat lelap.

Abang si baby kacau. Macam-macam yang dia nak. Macam-macam dia buat untuk tarik perhatian.

Saya yang patutnya letih. Bukan suami saya. Dia pulak yang letih lebih!!!”

Ini luahan Puan N. Ibu muda beranak dua. Suri rumah sepenuh masa.

Mungkin ada senada seirama luahan seperti ini di luar sana.

Beberapa Fakta Tentang Bayi Yang Perlu Kita Tahu.

  1. Bayi tidak ada jadual tidur yang tetap. Waktu tidur mereka tidak sama dengan orang yang lebih dewasa. Tidur mereka berbeza.
  2. Waktu makan mereka juga tidak sama jadual makannya dengan kita. Berbeza.
  3. Antara 25-40% bayi mengalami masalah tidur. Mereka menangis di waktu malam. Atau berjaga untuk bermain.

Image result for ibu bapa pening

Si ibu atau si ayah pula (bergantung siapa yang bangun) akan mengambil masa selama setengah jam untuk dapat kembali lelapkan mata. Kesannya pada otak dan fizikal sangat besar.

Kesan Tidur Tidak Menentu Selama Seminggu Pada Kedua Ibu Bapa.

  1. Menjadi si ibu dan si ayah mudah marah. Mengganggu bahagian kiri temporal lobe. Letaknya di belakang mata kiri kita.
  2. 91% hilang kemampuan mengurus emosi dengan baik. Prefrontal cortex (PFC) terganggu. Kedudukannya di belakang dahi kita.
  3. Turun mendadak kebolehan kognitif (berfikir) mereka. Sebabnya? PFC menjadi tidak aktif.
  4. Kebolehan menyelesaikan masalah akan terganggu. Juga gangguan pada PFC

Pada permulaannya si ibu atau si ayah akan mengalami perubahan mood. Kemudiannya perubahan kognitif. Akhirnya perubahan fizikal. Berat mula meningkat. Lemak dengan bangganya berkumpul. Perut pula membesar sebagai johan.

Kesannya pada hubungan suami isteri. Anak juga akan menjadi mangsa. Prestasi kerja juga tidak mencanak naik.

“Jadi penyelesaiannya bagaimana doctor? Tanya Puan N.

“Puan boleh cuba beberapa pendekatan ini. Salin.” Jawab saya ringkas.

Cara Untuk Menjaga Anak Tidur Yang Tidak Menentu.

  1. Buat sistem giliran bangun dengan suami.
  2. Elakkan bayi tidur dengan perut yang tidak kenyang.
  3. Dapatkan tidur di waktu tengahari sebanyak 30 minit. Suami boleh tidur di tempat kerja.
  4. Mesti ada komunikasi terbuka dengan suami dalam hal penjagaan anak. Usah hidup dengan andaian dia tahu.
  5. Ambil “time-off” seminggu sekali. Tinggalkan anak dengan pengasuh. Boleh juga dengan ibu bapa. Dua atau tiga jam sudah memadai.

Penting untuk kita ada ilmu tentang anak-anak. Kursus kahwin kurang menyentuh hal ini. Perlu sentiasa memperbaharui ilmu.

“Doktor tak buat kursus begini ke?” Tanya Puan N lagi.

“Tidak puan. Perlu ke.” Soal saya.

“Perlu sangat. Sebab penting untuk orang macam kami.” Kata Puan N bersungguh.

Difikirkan macam tak ada sahaja program begini. Atau mungkin sudah ada tapi saya yang tak tahu. Anda rasa bagaimana?

********

Semoga Bermanfaat dan Dijadikan Inspirasi!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen