Macam Mana Nak Pikat Wanita, Tapi Muka Biasa-Biasa Je? Bagi Lelaki, Cuba Buat 6 Kaedah Ini.

Ramai anak muda lelaki zaman sekarang mengeluh disebabkan sukar untuk mencari jodoh atau bakal isteri ni. Pelbagai kaedah telah dilakukan untuk menjemput jodoh, tetapi terlupa dengan keadaan diri sendiri. Terlupa untuk fokus pada diri supaya mudah didekati.

Mungkin sudah bagi makanan untuk hati dan jiwa, tetapi terlupa untuk menghiasi fizikal diri.

Jadi, bagi mereka yang susah sangat nak pikat wanita untuk dijadikan sebagai jodoh, apa kata anda cuba lakukan 6 kaedah ini untuk hiasi diri…

1. Jangan malu beli pencuci muka.

Walaupun kawan-kawan mengejek anda muka biasa-biasa sahaja, yang penting jangan lupa untuk cuci muka. Kerana kebiasaannya ramai lelaki malas untuk mencuci muka, kalau cuci pun guna sabun buku, padahal ia tidak sihat untuk kulit muka anda.

Sabun buku buatkan kulit wajah anda menjadi kering sehingga kelihatan kusam dan tidak bermaya. Mungkin disebabkan itu ramai wanita menjauhi diri anda.

Jadi, tukarlah pada pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda!

2. Sila potong bulu hidung anda!

Apa yang membuatkan ramai kaum wanita rasa ‘turn off’ dengan kaum lelaki adalah, apabila terlihat adanya bulu hidung terjurai sedikit. Alamak! Nak tengok muka anda pun tak boleh, apatah lagi boleh putuskan selera makan. Jadi, perbaikilah penampilan anda dengan memastikan bulu hidung dipotong kemas.

3. Jaga bau mulut dan gigi.

Gigi juga adalah antara salah satu aspek pada muka lelaki yang boleh membuatkan mereka tidak tidur malam. Sama ada mimpi indah atau ‘nightmare’!

Kalau nak wanita tersebut mimpi indah, jagalah bau mulut anda, dan jangan lupa untuk gosok gigi. Gigi pun bukan setakat gosong sahaja, rajinkan diri untuk scaling dan floss gigi anda ya!

4. Pakai deodoran atau minyak wangi.

Majoriti kaum wanita sebenarnya jatuh cinta dengan bau badan lelaki. Terutamanya bagi lelaki yang gemar menggunakan deodoran atau minyak wangi. Boleh dikatakan wanita agak clingy sekiranya teman lelaki atau suaminya berbau wangi. 

Jadi, jagalah bau badan anda juga!

5. Sikat rambut.

Ada juga sebilangan lelaki yang tidak gemar untuk sikat rambutnya. Apatah lagi meletakkan minyak rambut atau pomade. Mungkin tiada masa, atau malas. Atau merasakan tiada orang penting untuk melihat penampilan mereka.

Jangan biarkan rambut serabai ya, dan yang penting buat potongan rambut yang sesuai dengan wajah anda!

6. Jangan lupa potong kuku kaki.

Kuku jari tangan potong, tapi tak fokus pada kuku jari kaki. Hati-hati, mata wanita ini sangat alert untuk memerhati. Di samping potong kuku kaki, jangan lupa juga untuk hilangkan bau kaki! Nanti pengsan pula teman wanita anda!

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen