“Bila Dah Kahwin Nanti, Suami Jangan Buli Isteri, Isteri Jangan Taat Membuta Tuli”

Mengimpikan rumah tangga yang bahagia, suami isteri perlu mengetahui tanggung jawab dan peranan masing-masing. Tetapi apabila sudah mengetahui tanggung jawab sendiri, jangankan pula menyalahgunakan kuasa tersebut.

Sebagai contoh;

Situasi 1: Suami salah gunakan peranannya sebagai pemimpin keluarga dengan memukul isterinya, dengan mengatakan ‘Itu adalah isteri aku, aku ada hak ke atasnya..’

Situasi 2: Isteri salah gunakan ilmu agama untuk suami memberi nafkah sehingga di luar kemampuan suami.

Oleh itu, bagi mereka yang mahu berkahwin dan sedang membina rumah tangga, ikutilah perkongsian dan nasihat daripada Puan Effy ini…

********


Kredit: Kassandra

Bina Rumahtangga Perlu Ada Matlamat!

Setiap rumahtangga, tentu sekali mempunyai matlamat. Ada impian yang mahu dicapai bersama terutama mahu bahagia hingga ke syurga.

Bagi mencapai setiap matlamat dan impian rumahtangga, kedua-dua suami dan isteri perlu bekerjasama. Masing-masing perlu memainkan peranan dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah.

Suami perlu menjadi nakhoda yang berilmu, bertimbang rasa serta beriman yang paling utama. Manakala isteri pula perlu sentiasa menjadi pasangan yang sedia beri kerjasama ketika diperlukan.

Walaupun suami adalah ketua rumahtangga, itu tidak bermakna suami boleh berlaku sewenangnya. Memberi arahan sesuka hati serta mengabaikan perasaan isteri di sisi.

Isteri pula tidak perlu taat membuta-tuli. Ada perkara yang tak wajar dipatuhi, maka bertegaslah. Namun, jika apa yang disuruh suami adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan adat dan syariat, turutilah seadanya.

Kerjasama yang baik di antara suami dan isteri akan memudahkan banyak urusan rumahtangga. Anak-anak akan lebih terurus. Rezeki juga melimpah-ruah. Insya-Allah.

Oleh itu, sama-samalah kita usaha untuk menjadi pasangan yang saling bekerjasama di dalam rumahtangga. Suami mudahkan urusan isteri, isteri bantu ringankan beban suami.

Barulah keluarga lebih bahagia, hubungan juga menjadi lebih bermakna.

‘Rumahtangga Ibarat Kapal. Suami Adalah Nakhoda Dan Isteri Adalah Pembantu. Perlu Saling Bekerjasama Agar Kapal Sampai Matlamat Dituju’

#mamiEffy

#SrikandiInspirasi

#SICircle

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen