Suami Isteri Boleh Kekal Bahagia Berpuluh Tahun Kalau Ada 10 Persamaan Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Niat untuk berkahwin sudah tentulah bukan untuk sehari dua sahaja, tetapi mahukan ia berkekalan sehingga ke akhir hayat. Tidak hanya itu sahaja, kalau boleh pasangan yang kita ada sekarang ini adalah yang pertama dan terakhir buat kita, tiada yang kedua mahupun yang ketiga selepas ini. Orang kata dialah cinta mati kita selamanya.


Namun begitu, ujian alam perkahwinan ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk dihadapi. Tetapi kalau sama-sama berdepan dengannya sudah tentulah bukan satu perkara yang mustahil untuk berkekalan dan sentiasa bahagia.

Nak bahagia itu bukan untuk setahun atau dua tahun, kalau boleh nak bertahun-tahun lamanya sehingga ke anak cucu. Tapi nak capai kebahagiaan yang lama itu tidak mudah kalau masing-masing tidak tahu caranya.

Haaa, perkongsian daripada Mohd Fhais ini akan merungaki segala rahsia kebahagiaan suami isteri yang mampu jalani kehidupan rumahtangga yang bahagia selama bertahun-tahun. Nak tahu? Jom baca.



Rupanya inilah #10 persamaan yang ada dalam diri suami isteri yang boleh kekal bahagia bersama lebih dari 10-20 tahun.

1 - Sentiasa meluahkan perasaan. Ada tak puas hati terus luah, begitu juga jika rasa bangga atau gembira pasangan la orang pertama yang akan di cari.

2 - Segera memaafkan dan ikhlas juga. Usah pendam rasa sakit hati lama-lama. Bak kata tuan Afnan Rosli, perasaan tu adalah doa. Hari-hari doa sakit hati, maka betul Allah bagi sakit hati.

3 - Selalu berkompromi. Suami bukan raja yang kena ikut semua perintah, dan isteri bukan pemaisuri yang nak di layan setiap masa.

4 - Pasangan yang baik ialah pasangan yang selalu beri semangat, sokongan dan dorongan walau apa pun situasi.

5 - Terus mempercayai di kala orang lain tidak. Itulah pasangan sejati.

6 - Komunikasi sentiasa di jaga. Salah faham tetap tak dapat dielakkan tapi jangan sesekali guna bahasa kesat dengan pasangan.

7 - Sentiasa rindu merindui. Hari-hari jumpa pun sentiasa rindu. Nak ke mana-mana tak pernah seorang diri, sentiasa bersama.

8 - Tiada manusia yang sempurna sejak lahir. Mesti berani akui kelemahan dan berusaha untuk jadi sempurna.

9 - Lebih menerima keadaan walaupun tak ikut kehendak hati sendiri dan bukan sentiasa nak membetulkan.

10 - Pasangan bahagia tidak pernah mengharapkan apa-apa, sebaliknya dia sendiri yang memberi harapan.

Wallahu A'lam,
Mohd Fhais
Susah sama-sama, senang sama-sama. Itulah maksud perkahwinan sebenar.


p/s : Sampaikan juga pesanan ni pada pasangan lain di luar sana semoga mereka pun dapat manfaat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen