Suami-Suami, Panggil Dan Gelar Isteri Dengan Panggilan Yang Disenanginya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Memang tidak dapat dinafikan hubungan suami isteri akan lebih bahagia apabila isteri rasa bahagia. Apabila isteri rasa dihargai, maka kemanisan dalam rumahtangga itu akan terserlah. Nak buat isteri rasa bahagia dan dihargai itu mudah sahaja, cuba guna nama panggilan yang menyenangkan malah mengelarnya dengan panggilan yang indah-indah, sudah tentu hubungan akan menjadi lebih terasa manis.

Sebenarnya, penting memanggil dan memuji isteri dengan gelaran yang indah-indah ini. Hati isteri akan lebih rasa dihargai dengan panggilan seperti ini. Pada masa yang sama, isteri juga kan berasa tenang dengan panggilan seperti ini.



Sebab itulah, Ustaz Ebit Lew berpesan buat para suami diluar sana agar memuji dan memanggil isteri dengan nama panggilan yang indah serta disukainya. Tapi bukan suami sahaja, isteri juga kena panggil dengan panggilan yang manja dan juga menyenangkan.

Puji dan panggil pasangan dengan gelaran yang indah-indah.

Aduh. Ya Allah tuhanku..sebak rindu semua ada. Dapat peluang berdua-duaan dengan bidadari sayangku. Nak pegang tangan. Nak berbual. Nak cakap i love u till jannah banyak-banyak kali. Makin hari makin rindu. Makin jatuh cinta.

"Ya Allah jagakanlah bidadariku ini supaya dapat kami bersama mendapat RedhaMu dan jannatulFirdausMu."

Rumahtangga paling bahagia ialah rumahtangga Rasulullah saw. Jadilah orang paling baik dan romantik seperti Rasul saw... Bila pulang ke rumah baring atas riba isteri. Atau isteri baring di atas riba kita. Saling mengusap dahi dengan cinta dan kasih sayang. Setelah berpenat berjuang di luar sana.

Dakapan pasangan yang kita cintai ialah tempat paling indah. Mengubat segala duka dengan izin Allah.. Rasulullah saw berpelukan menangis kerana keletihan dan diuji dengan pukulan, cacian, kesusahan yang amat dahsyat di luar sana..rumahku syurgaku. Baiti jannati Memuji dan memanggil isteri atau suami dengan panggilan paling disukai.




Wahai bidadariku yang menawan, yang cantik, kekasih hati teman hidupku. Menemuimu dalam hidup ini perkara yang terindah. Kaulah bulan. Kaulah matahari. Kaulah kurnia Allah yang terindah dalam hidup ini..

"Rasulullah saw memanggil isteri dengan gelaran dan panggilan terindah."

Mengusap tangan dan peha pasangan. Sambil ucap dan lafazkan sayang. Saya cinta dan sayang awak sampai syurga. Saya ingin terbang bersama sayang dalam syurga.

Berlemah lembut dan lunakkanlah suara bersama pasangan. Perkataan dari hati yang mencintai dan bersyukur. Mereka bukan milik kita. Tapi amanah Allah yang untuk kita cintai dan bawa bersama ke syurga.



Jangan sesekali berkasar..dengan wajah bengis, bahasa kasar semua orang lari darimu.. Mandi bersama dan bergurau semasa mandi bersama. Rasulullah saw mandi bersama isterinya... Dukung dan rapatkan pipi. Dengan kasih sayang dan manja.. Bergurau dan sekali sekala main kejar-kejar dengan pasangan bagi yang sihat.. Berlari bukakan pintu rumah atau kereta bagi pasangan. Berebut nak angkat barang atau anak semasa bersama.. Bersama dengan manja dan kasih sayang -Ebitlew

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen