Anak Gadis Hanya Boleh Dikahwinkan Apabila Mendapat Persetujuan Daripadanya, Ibu Bapa Tidak Boleh Sewenangnya Memaksa.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkahwinan yang diatur serta dirancang oleh keluarga dikatakan bukan satu perkara yang relevant lagi pada masa ini. Hal ini kerana, banyak anak-anak yang sudah menyimpan kekasih hati mereka sendiri sejak dibangku sekolah, malah ada juga yang mahu mencari sendiri kerana ia akan lebih mudah untuk mencapai keserasian bersama.

Setiap ibu bapa mahukan jodoh yang terbaik buat anak-anak mereka, di mana jodohnya itu sudah tentu mampu membimbing dan menjaga anaknya dengan baik. Ini kerana, sebagai ibu bapa kebahagiaan anak-anak merupakan kebahagiaan yang paling utama buat mereka.



Namun begitu, ia bukanlah bermakna ibu bapa boleh memaksa anak-anak mereka berkahwin dengan seseorang yang mereka tidak sukai. Walaupun bercinta selepas berkahwin itu membahagiakan akan tetapi tidak semua orang memiliki nasib yang sama.

Memang benar restu ibu bapa adalah segala-galanya dalam kehidupan anak-anak, namun tidak semua perkara boleh ditentukan oleh ibu bapa terutama perkara membabitkan perkahwinan.



Hal ini kerana ibu bapa tidak boleh memaksa anaknya berkahwin dengan lelaki pilihan mereka tanpa kerelaan si gadis.

Ini kerana, seorang wanita mempunyai hak untuk membuat pilihan sama ada menerima atau menolak lamaran daripada mana-mana lelaki dan ibu bapanya tidak boleh memaksa anaknya itu berkahwin dengan lelaki yang tidak disukainya.

Ini sebagaimana sabda Rasulullah maksudnya:

“Seseorang janda tidak boleh dinikahi sehingga diajak berbincang dan seorang gadis tidak boleh dinikahi sehingga dia memberikan persetujuan, tanda setuju seorang gadis adalah diam ketika ditanya.” - Riwayat Tirmizi

Justeru, wanita hanya boleh dikahwinkan apabila mendapat persetujuan daripadanya. Maka, ibu bapa tidak boleh sewenangnya menikahkan anak mereka tanpa persetujuan daripadanya.

Walau bagaimanapun, ibu bapa boleh menasihati anaknya untuk menerima lamaran lelaki mempunyai akhlak dan agama yang baik, tetapi keputusan tetap dibuat oleh anaknya.

Sebagai anak pula, jangan pula terlalu menentang kata-kata ibu bapa anda dengan begitu keras, paling tidak cuba untuk berbincang dengan baik. Ini kerana, anda masih lagi anak mereka yang perlu menghormati dan mengutamakan mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen