“Tak Guna Nak Balas Dendam, Setelah Ditinggalkan…”

Putus cinta memang perit sekali untuk dihadapi. Siapa yang alami situasi sebegini sahaja yang benar-benar dapat rasa apa itu putus cinta yang sebenar. Putus cinta setelah dikecewakan boleh jadi pada banyak fasa iaitu…

  • Putus ketika berkenalan. (Semasa bercinta)
  • Putus ketika pertunangan.
  • Putus ketika perceraian.

Kesan Setelah Putus Cinta Atau Ditinggalkan…

Namun, apa jua situasi semuanya memberikan impak yang sama. Marah. Sakit hati. Terkilan. Kecewa. Dan yang lebih teruk adalah rasa dengki dan mahu membalas dendam.

Yang teruk inilah yang perlu kita jauhi kerana kita seolah-olah tidak dapat menerima hakikat, tidak dapat menerima takdir Allah SWT, tidak dapat menerima ujian daripada-Nya, kita salahkan takdir Allah seratus peratus…

“Kenapa aku tak layak untuk bahagia?”

“Kenapa aku tak layak untuk merasa gembira?”

“Kenapa aku diperlakukan sebegini?”

Sedikit sebanyak kita diberikan rasa tidak bersyukur dan menyalahkan takdir-Nya. Allahuakbar. Minta dijauhkan.

Sebagai seorang muslim, kita bukan sahaja perlu ada rasa sabar untuk setiap situasi, tetapi perlu ada rasa redha.

Redha menerima takdirnya, kerana kita hidup di alam realiti. Alam realiti dimana kita seharusnya menerima semua hakikat, dan mencari hikmah yang tersembunyi. Itulah tugas kita sebagai muslimat dan muslimin.

Apa Yang Perlu Kita Lakukan Sekiranya Ditinggalkan, Bukanlah Untuk Membalas Dendam, Tetapi…

1. Elakkan diri daripada dihasut oleh syaitan.

Syaitan suka ketika hati dan perasaan kita berbolak balik ni. Elakkan diri untuk terlalu pendam perasaan. Elakkan diri untuk lupa diri. Elakkan diri untuk terus berasa ‘gelap’, kerana syaitan yang asak nafsu kita untuk terus membenci.

2. Jadikan situasi tersebut sebagai pengajaran.

Kita sukar untuk menerima hakikat setelah ditinggalkan adalah kerana tidak menjadikan situasi tersebut sebagai pengajaran. Tetapi kita jadikan situasi tersebut sebagai ‘neraka’, sebab itu susah nak move on. Bila dah jadi pengajaran, buatlah solat taubat. Ada kemungkinan hubungan kita dengan dia sebenarnya menjurus kea rah maksiat. Allah dah beri petunjuk. Jadi, terimalah hakikat.

3. Terus buang dia jauh daripada kita.

Apabila kita sudah mengetahui pengajaran tersebut adalah sesuatu yang buruk, jadi jauhkan diri daripada dia. Buang dia daripada hati dan pandangan. Fokus pada diri sendiri dahulu, sebelum tergadai diri. Fokus pada ibadah.

4. Jangan terlalu letakkan perhatian pada dia.

Ada sebab kenapa kita perlu buang dia jauh daripada hidup kita. Selagi kita tak buang, selagi itu kita asyik terfikir pada dia dan hanya meletakkan sepenuh perhatian pada dia sahaja. Biarkan dia dengan hidup dia, kita dengan hidup kita. Seandainya dia benar berubah dan mahu bertaubat, itu urusan dia dengan Allah.

Jangan menghukum dia sehingga mahu membalas dendam.

Sebab balas dendam itu bukan cara Islam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen