Kenapa Habbatus Sauda Baik Untuk Kesihatan? Ikuti Penjelasan Ini.

Setiap daripada kalangan kita, atau golongan mak-mak pasti akan menyimpan satu habbatus sauda di dapur. Bukan itu sahaja, kita juga pasti terlihat mereka suka campurkan habbatus sauda ini dengan air dan juga makanan.

Apakah kelebihan habbatus sauda ini yang sentiasa menjadi kegemaran orang ramai?

Ikuti perkongsian dari Dr Rizal ini…

********

Dua tiga hari ni asyik menyinggah kedai-kedai ‘arab’. Tak tahu kenapa disebut kedai arab walaupun pemilik dan pekerja orang Malaysia belaka. Mungkin sebab barangan dari timur tengah dijual kot.

Masuk saja kedai macam kita akan rasa lain sikit. Tak macam kedai biasa. Bau dia berbeza. Bau ni bawa memori di tanah suci. Bau yang aktifkan pusat memori - hippocampus.

Setiap kali masuk mesti ada Habbatus Sauda - bijiran hitam. HS ni jadi famous sebab ada hadis nabi (baca selawat) akan hal HS ni.

Apa yang kita tak tahu banyak kajian pasal HS ni.

Contoh menariknya ialah dari Journal of Diabetes and Metabolic Disorders. Bulan Jun 2017.

Kajian ini dapati Black seed atau Nigella Sativa atau Habbatus Sauda punya kuasa turunkan selera makan. Kita rasa kenyang. Sekaligus rasa nak berkudap akan menghilang.

Kita hanya akan makan ketika lapar. Masa waktu waktu dengan perut mula berkeroncong.

Kita tidak lagi menjadi emotional eater. Kita tak lagi makan sebab makanan ada. Atau kawan gatal ajak kita pergi makan.

Atau tidak lagi jadi social eater. Makan sebab nak bersosial. Terpaksa order makan dan minum.

Bila kita tak lagi jadi emotioan atau social eater badan mula mengecil. Pakaian mula membesar. Tenaga pula bertambah.

Ada 630 kajian lain berkaitan HS ini. Semua kajian saintifik berimpak tinggi.

Kalau rambut gugur, berkawanlah dengan Habbatussauda. Dia boleh bantu. Ada diabetes, rajin-rajinlah bertegur sapa dengan Habbatussauda. Ada kajian tentang aspek ini.

Apabila berdamping dengan Habbatussauda, sakit kepala pun tidak mahu jadikan kita teman setia. Dia berlalu pergi. Merajuk mungkin.

Saya sendiri sentiasa ada sebotol di rumah. Titiskan atas makanan dan minuman.

Oh ya. HS juga bagus untuk Otak.

#DrRizal

********

Selain daripada itu, antara kelebihan lain yang terdapat pada habbatus sauda ialah;

  • Anti Penuaan.
  • Elak Sembelit Dan Masalah Penghadaman.
  • Menstabilkan Tekanan Darah.
  • Kulit dan Tulang Yang Sihat.
  • Baik Untuk Kesihatan Jantung.
  • Elakkan Risiko Kanser.
  • Mengurangkan Tekanan.
  • Penggalak Susu (Milk booster) Semulajadi.
  • Mengurangkan Sindrom Pramenstruasi (PMS) Dan Migrain.

Oleh yang demikian, amalkan lah dengan habbatus sauda ini sebagai rutin harian. Ia juga adalah salah satu cara untuk meningkatkan kesihatan badan.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen