Lepas Ni, Rajin-Rajinlah Cuci Pinggan. Ia Mampu Kawal Stress Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila anda stress apa yang akan anda lakukan?

Tidur?

Makan?

Pergi shopping?

Yang mana jadi pilihan anda dan mampu mengawal stress anda itu?



Kita ini memang tak akan lari dari masalah stress ini, yelah semua benda boleh jadi punca. Stress dengan kerja, pasangan, tempat kerja, rakan-rakan dan macam-macam lagi lah. Haa, tapi kalau korang bijak kawal stress ni bagus lah, buat yang tak pandai kawal. Lain pula jadinya nanti.

Pernah atau tidak kita terfikir bahawa ada perkara yang mudah malah menjimatkan wang poket kita untuk mengurangkan masalah stress yang kita hadapi. Boleh jadi rutin harian kita ini salah satu cara untuk mengurangkan stress yang dihadapi.



Bagi kaum lelaki, kerja mencuci pinggan merupakan pekerjaan yang asing kerana kebiasaannya hanya kaum hawa sahaja yang gemar melakukan pekerjaan ini. Tapi tahukah anda mencuci pinggan sebenarnya baik untuk kesihatan tubuh badan kita? Selain boleh membuatkan pinggan menjadi bersih, ianya juga boleh mengatasi masalah stress.

Dari sebuah kajian yang dilakukan oleh Florida State University di Amerika Syarikat, mencuci pinggan adalah satu terapi terbaik untuk mengurangkan masalah stress. Salah seorang professor, Dr. Adam Hanley, menjelaskan bahawa mencuci pinggan boleh mengurangkan kadar stres sehingga 27% jika dilakukan dengan penuh kesabaran dan ketilitian.

Gerakan tangan, aroma sabun, air yang dingin mengalir ketika mencuci pinggan dipercayai boleh mengurangkan beban fikiran.

Haa, selepas ini kalau stress je, basuh laa pinggan berulang kali. Ia pasti membantu anda mengawal rasa stress yang dihadapi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen