Kenapa Sarapan Penting Untuk Tubuh Badan Kita? Jom Baca!

Berapa ramai dikalangan kita memang konsisten dengan pengambilan sarapan ini? Tetapi, menurut kajian ramai dikalangan kita secara tidak langsung elak untuk ambil sarapan ini kerana malas untuk menyediakan sarapan, ataupun tidak sempat untuk ke pejabat.

Sampai di pejabat pun, terus lakukan kerja semalam dan seterusnya sehingga perut kosong dna berbunyi. Ketika itu, baru tersedar, yang anda dalam keadaan yang sangat lapar dan terus mencapai apa jua makanan dalam kauntiti yang banyak.

Jika situasi ini berlarutan dimana hanya menunggu perut betul-betul kosong baru diisi, ternyata berat badan anda akan semakin meningkat. Kadar glukosa yang rendah akan mengakibatkan anda ‘craving’ nak makan macam-macam waktutengah hari, kerana ia mampu mengawal otak dan fikiran anda.

Related image

Sarapan amat penting untuk kesihatan tubuh badan kita kerana ia bakal membantu menghalang penyakit kronik pada masa akan datang dan sebaiknya diambil dalam tempoh 1 atau 2 jam usai bangun tidur.

Selain Itu, Antara Manfaat Sarapan Yang Lain Adalah…

1. Sarapan boleh menurunkan berat badan.

Tahukah anda, sarapan pagi boleh membakar kalori dalam badan? Sarapan pagi setelah semalaman perut kosong secara tidak lansung boleh meningkatkan metabolisme dan bererti proses pembakaran kalori akan menjadi lebih efisen.

2. Sarapan mampu tingkatkan kemampuan otak.

Kajian yang dibuat di Universiti Swansea Wales mendapati sebahagian tenaga dalam bentuk glukosa telah habis digunakan sebelum kita tidur. Oleh itu, sarapan pagi yang mengandungi glukosa akan digantikan semula dan ia juga merupakan salah satu bahan yang sangat penting untuk otak yang cerdas.

3. Membantu menunjukkan teladan yang baik.

Jika anda mempunyai anak-anak, anda sentiasa mahu menunjukkan contoh yang baik bagi mereka dan dengan adanya sarapan, anda akan menunjukkan kualiti kepimpinan melalui teladan.

4. Landasan yang betul untuk menurunkan berat badan.

Bersarapan pagi adalah landasan yang betul sekiranya anda mahu atau berniat untuk menurunkan berat badan.

Penyelidik telah mendapati bahawa orang-orang yang makan sarapan pagi lebih cenderung untuk mengekal dan mengurangkan berat badan. Walaupun orang skip sarapan dengan harapan berat mereka akan turun dan makan lebih semasa tengah hari akan menyebabkan berat badan akan bertambah.

5. Tingkatkan metabolisme badan.

Paras gula dalam darah adalah rendah pada waktu pagi oleh itu, anda perlukan tenaga untuk mengimbangkan semula paras gula dalam darah.

Anda perlu makanan yang boleh memberi tenaga diwaktu pagi untuk memastikan metabolisme sentiasa berterusan. Sebaiknya-baiknya, anda harus sarapan dalam tempoh dua jam selepas bangun dari tidur.

Image result for biskut fiber

Sebagai contoh, sekiranya anda terlalu malas untuk menyediakan sarapan yang bernutrisi, anda boleh jadikan biskut fiber sebagai sarapan yang sihat untuk anda. Biskut fiber elok untuk kesihatan kerana ia mengandungi sekurang-kurangnya 50 peratus bahan bijirin untuk membekalkan karbohidrat kompleks sebagai kunci utama kepada sumber tenaga setiap pagi.

Bukan itu saja, ia juga adalah sumber serat dan mengandungi sekurang-kurangnya lapan gram bijian penuh untuk setiap hidangan selain lapan vitamin serta mineral.

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen