Tips Mudah Untuk Ajar Anak Kecil Anda Duduk Dalam Car Seat.

Para ibu bapa yang memiliki anak kecil pasti sering dalam dilemma untuk letakkan anak-anak dalam car seat. Anak kecil bukan sahaja menjerit sekuat hati tidak mahu duduk di car seat, malah meronta-ronat untuk melepaskan diri sehingga ibu bapa berasa simpati. Padahal car seat adalah keselamatan untuk anak-anak apabila dibawa berjalan.

Tips untuk mengajar anak-anak kecil ini duduk di car seat telah dikongsikan oleh Puan Masturah di laman facebooknya…

********

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting

Ada yang tanya, macam mana train anak dalam carseat? Nampak duduk elok je.

Itu masa nampak elok la, masa menjerit tak nampak lagi. Haha…

So Tips Nak Pastikan Anak Duduk Dalam Carseat:

1) Pekakkan telinga.

Lepas habis suara dia menangis, bila dah tekak tu perit sebab menjerit, nanti dia berhenti la tu. Lagi bagus bila dia terus tidur.

2) Keraskan hati.

Jangan pulak bila dah tengok anak menjerit semacam, kita yang bukak ambik dia dari carseat.

Anak2 atas setahun dah pandai manipulasi. Sekali kita dah bukak, diorang akan buat strategi yang sama untuk kerah kita bukak. So keraskan hati ya.

3) Rasuah makanan sebab dengan makanan je diorang duduk diam mengunyah.

4) Kalau jalan jauh kena berhenti tiap 2 jam. Macam kita la orang dewasa lenguh2 kan.

5) Kalau anak yang dah besar boleh bagi tengok video kemalangan dan kanak2 tercampak dari kereta. Mesti diorang seram.

6) Anak yang masih kecik boleh bawak bercakap, atau menyanyi atau buat jelah apa2 nak suruh dia diam.

********  

Selain Daripada Itu, Tips Lain Yang Perlu Anda Lakukan Adalah:

1. Tenangkan diri dan berlapang dada.

Kebanyakan ibu bapa memang agak tertekan apabila anak-anak kecil ini tidak mahu duduk di car seat, tapi apa kata anda sendiri dahulu yang bertenang. Tarik nafas dan hembus nafas secara konsisten supaya dapat mengawal anak-anak anda.

2. Check keselesaan anak anda.

Kadang-kala anak menangis mungkin tidak selesa dengan kedudukannya di car seat tersebut, jadi anda perlu pertimbangkan cara anak-anak duduk. Mungkin juga si anak tidak selesa dengan pancaran matahari yang terik.

3. Berikan sesuatu untuk tenangkan anak anda.

Kebiasaannya ibu bapa akan memberi permainan atau makanan untuk tenangkan anak-anak dan memujuk mereka duduk di car seat. Tetapi disamping itu,anda boleh pasang radio dengan alunan ayat al-quran supaya anak-anak berasa tenang dalam kereta tersebut. Jangan lupa pasang aircond juga.


Kredit: Instagram Yusuf Iskandar

Namun Apa Yang Penting Adalah, Anda Perlu:

1. Melatih bayi duduk di car seat sebaik habis pantang, perkenalkan bayi anda pada car seat ketika anda membuat pemeriksaan ke klinik.

2. Mulakan dengan perjalanan yang pendek, mungkin hanya ke kedai atau mana-mana destinasi berdekatan. Ini untuk biasakan bayi anda dengan car seat, tetapi jangan lebih daripada 2 jam.

3. Cara ini adalah untuk tidak biasakan bayi duduk di pangkuan ibu/bapa semasa dalam perjalanan kerana ia amat bahaya.

4. Sekiranya perjalanan lebih dari 2 jam, dan sudah menyusukan atau memberi makanan kepada mereka, main sekejap dengan mereka. Layan kerenah mereka dengan bersabar dan sambung balik perjalanan. Ini kerana anak-anak juga perlukan perhatian.

5. Yang penting, ibu bapa perlu bersabar dan jangan mudah menyerah kalah dengan tangisan mereka pada peringkat awal. Jika semua urusan sudah selesai, ibu bapa perlu yakin letakkan anak di car seat. Anak mengada je tu.

********

Selamat Mencuba dan Semoga Bermanfaat!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen