Zaman Ini Kita Tak Boleh Cari Menantu Atau Calon Suami Yang Kerja Tetap Lagi, Cuba Beri Peluang Kepada Lelaki Kerja Kecil Tapi Azamnya Besar.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ibu bapa mana yang tak nak melihat anak gadis mereka ini senang, sudah tentu mana-mana ibu bapa nakkan anak mereka ini hidup bahagia di samping orang yang tersayang. Akan tetapi ibu bapa kena tahu bahawa kesenangan itu bukan hanya pada harta benda sahaja, tetapi hati dan miliki pasangan yang bersungguh-sungguh menyayangi anak kita itu sudah cukup membuat anak kita bahagia sebenarnya.

Ramai ibu bapa yang memilih bakal menantu mereka, kalau tak kerja kerajaan, gaji tak Rm5k ke atas ataupun bukan dari keluarga kaya, sudah tentu bukan menjadi pilihan. Tapi ibu bapa sekarang ini kena mula buka mata, kerja kerajaan, berduit, dan dari keluarga kaya bukanlah satu perkara yang relevan lagi.



Ibu-ibu dan bapa-bapa serta anak-anak gadis sekalian, cari pasangan yang mempunyai azam dan impian yang tinggi, malah rajin mencari rezeki demi keluarga tercinta serta menyayangi diri kita ini lebih dari dirinya. Macam yang dikongsikan oleh Dr. Azizul Azli Ahmad ini.

SUAMI YANG BAIK.

Zaman ini kita tak boleh cari menantu atau calon suami yang kerja tetap lagi.

Zaman kerja gomen, jadi menantu kesayangan dah berlalu.

Berilah peluang kepada lelaki yang kerja kecil tetapi impian dan azamnya besar.



Saya kagum dengan dua contoh ini, mereka tak bergantung dengan satu sumber pendapatan sahaja.

Suami yang baik berusaha ingin selesakan keluarga mereka, biarlah mereka letih dan lakukan pelbagai kerja demi keluarga tercinta.

Jadi isteri, hargai suami begini. Jangan terlalu banyak meminta minta. Suami baik tak akan kata tidak boleh pada apa yang isteri suka. Mereka akan berusaha sampai dapat punya.

Sesekali lihatlah bil barang dapur setiap bulan, bil air dan elektrik yang suami bayarkan. Itu sahaja cukup menginsafkan.

Bantu suami suami ini dengan buat belanja pendapatan.

1. Tulis dan catatkan setiap duit yang dapat dan belanjakan.

2. Minta suami buka akaun asing duit kerja sampingan mereka. Jangan campur akaun gaji pendapatan.

3. Belajar jangan guna duit pendapatan sampingan ini. Simpanlah untuk beli harta bukan liabiliti.

4. Beli takaful kemalangan di Pos Malaysia tak silap saya serendah RM80 setahun bayar ada perlindungan RM50,000 jika mereka ditimpa bencana kemalangan.

5. Peluk dan doakan mereka setiap kali keluar kerja. Nyawa mereka digadaikan demi keluarga tercinta.

Berilah mereka bekal untuk dibawa dengan penuh rasa cinta.

Saya kagum dan sanjung suami suami yang hebat seperti ini.

Percayalah, anak dan isteri sedang bangga dengan anda.

Kita mungkin tidak kaya, tetapi jadilah suami yang boleh dibanggakan anak isteri tercinta.

Suami itu sama seperti wang. susah disimpan tapi jangan sekali-sekali dibuang nanti diambil orang.

Azizul Azli Ahmad

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen