Nada Suara Lelaki Akan Lebih Lembut Saat Berdepan Dengan Wanita Yang Disukai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki ni bila nak dapatkan orang yang disukainya memang akan gunakan pelbagai cara. Itu adalah satu usaha awal untuk dapatkan seseorang sebelum ke langkah seterusnya. Ada yang akan bagi bunga, ada yang berikan perhatian dan caring, malah ada juga yang akan melayani si gadis dengan baik dan lemah lembut.

Pernah atau tidak korang sedar bahawa lelaki ini apabila dia berdepan dengan seseorang yang disukai nada suara mereka ini akan mula berubah. Berlainan sungguh sewaktu bercakap dengan rakan-rakan perempuannya yang lain. Tidak kisahlah sama ada secara langsung ataupun melalui telefon.



Ini bukan sekadar mitos atau anggapan, tetapi telah terbukti dengan penyelidikan yang dijalankan oleh David Puts, Ph.D., profesor antropologi di Penn State University. David menjelaskan bahawa lelaki akan segera tenang dan meningkatkan vokal mereka apabila bercakap dengan lawan jenis, itu adalah tanda bahawa wanita itu sasarannya.

Suaranya akan tiba-tiba berubah malah cara penghantaran adalah sangat lembut akan malah lebih yakin. Begitu juga ketika mereka bersama kanak-kanak. Perkara ini dilakukan agar pihak tersebut memberi perhatian malah bertindak balas dengan percakapannya.



Perasaan cinta itu mampu membuat seseorang itu berubah.

Ketika seseorang itu jantuh cinta, ia sememangnya boleh menjadi orang yang lain. Malah korang juga kan mengubah mood dan tingkah laku terhadap seseorang secara spontan. Apabila berjumpa dengan seseorang yang disayangi, dicintai dan disukai, tingkah laku yang sedikit kasar secara automatiknya akan berubah menjadi lembut.

Malah sekaligus membuatkan orang lelaki ini mengubah nada suara mereka apabila berkomunikasi dengan seseorang yang berlawan jantina.



Apabila orang lelaki cakap dengan orang yang mereka tidak suka, nada suara mereka ini hanya biasa-biasa sahaja. Akan tetapi kalau mereka ini bercakap dengan mereka yang disukai pasti nada suara akan tiba-tiba menjadi lembut dan sopan.

Hati-hati wanita, jika seseorang lelaki tiba-tiba melembutkan suaranya apabila bercakap dengan anda mungkin dia jatuh cinta terhadap anda, siapa tahu kan? Lepas ni kalau nak tahu orang tu ada hati tak dekat anda, cuba dengarkan nada suaranya, kalau berbeza ketika berbual dengan rakan lain mungkin si dia sedang berusaha mendekati anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen