5 Sifat Jejaka Yang Mambuat Hati Wanita Berdebar-Debar.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila korang menyukai seseorang pasti begitu mudah untuk membuat hati korang berdebar-debar bukan? Lagi-lagi kalau tiba-tiba orang tersebut mula mengur korang, lagi lah hati berdebar macam baru lepas buat larian 100 meter.

Tapi kalau nak buat perempuan berdebar-debar ini tak susah pun, lagi-lagi kalau korang ada hati dekat dia tapi dia buat dek je dekat korang. Cuba buat hati dia berdebar sikit, mesti boleh jatuh cinta punyalah.



Nah, tak akan korang nak tengok je perempuan yang korang suka tu. Orang lelaki kalau pandai buat perempuan rasa berdebar-debar ni, mesti senang dapat kekasih hati. Nak tahu tak hati perempuan berdebar waktu bila?

Jom tengok 5 sifat lelaki yang buat hati perempuan berdegup kencang.



1. Seorang yang peka.

Jadi seorang lelaki yang peka ini memang banyak untungnya ye. Kalau korang sentiasa peka dengan keadaan atau hati perasaan seseorang perempuan tu, memang mudahlah perempuan itu nak jatuh cinta dekat korang.

Peka ni lebih kurang macam caring lah. Perempuankan suka kalau lelaki caring-caring ni, jadi dengan setiap perbuatan atau persoalan yang menunjukkan korang caring boleh buat hati mereka ini berdebar-debar ye.

2. Spontan dan kelakar.

Rasanya korang dah tahukan yang perempuan ni memang suka lelaki yang kelakar. Tapi kelakar dan spontan lagi lah membuatkan mereka ini mahu mendekati korang. Mana tidaknya, korang dah buat hati dia berdebar-debar dengan sifat ada tu.

Cuba bayangkan kalau hubungan korang tu membosankan dan hanya mendatar sahaja, mesti la tak seronokkan sebab itulah perempuan sukakan lelaki yang spontan dan kelakar. Nak-nak lagi kalau korang jenis tak tahu malu dan sanggup nak lakukan perkara bodoh sama-sama.



3. Suka beri pelindungan.

Perempuan ni, dia orang selalu nak rasa dilindungi. Jadi kalau korang selalu beri pelindungan, acah-acah nak pastikan dia selamat mesti la buat hati dia berdebar. Nak-nak lagi kalau rasa cemburu dan juga sikap melarang dengan alasan melindungi itu digunakan. Memang tangkap lelah lah perempuan yang korang suka tu.

Biasanya kalau lelaki tunjukkan sikap melindungi ni, memang mudah buat orang perempuan jatuh cinta. Sebabnya mereka percaya bahawa korang mampu melindungi mereka dari segala bahaya dan anasir jahat.

4. Memahami keutamaan dirinya.

Sikap bertolak ansur dan sentiasa memahami keutamaan dirinya memang disukai oleh perempuan. Ini kerana, seolah-olah korang begitu memahami dirinya. Biasanya lelaki seperti ini akan memberi ruang untuk tetapi pada masa yang sama memerhati dari jauh.

Alah, macam kalau bercinta tu, nak ke mana-mana kena bagitahu dulu.



5. Manja.

Mungkin ada yang merasakan perempuan tak selesa dengan sikap ini, tetapi sebenarnya ia sangat disukai. Mana tidaknya, dalam manja korang tu sebenarnya korang lebih memfokuskan dirinya. Macam korang nak pergi mana-mana mesti nak dia teman dan ikut. Eh, siapa yang tak suka dengan pasangan yang macam ini. Tetapi jangan korang lebih-lebih pula, nanti takut si dia rimas.

Penah korang tunjukkan sifat macam ni dekat perempuan yang korang suka?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen