“Lelaki Perlu Tahu, Perempuan Yang Bijak Berdikari Tidak Suka Meminta-Minta…” Wanita Ini Memberi Nasihat.

Dalam proses untuk mengenali seseorang, pasti ia akan mengambil masa, bahkan selepas perkahwinan juga perlu mengenali antara satu sama lain sepanjang masa. Ada yang dapat dijangka, ada juga yang tidak dapat dijangka.

Lebih-lebih lagi pada si lelaki yang ibarat sukar untuk membaca pergerakan si gadis, terutamanya jika ingin mengetahui gadis tersebut seorang yang berdikari.

Macam mana ciri-ciri gadis yang berdikari ni? Jom ikuti perkongsian dari Puan Marlia Ramli ini di samping dengan memberi nasihat…

********

Kenali Wanita Anda.

Wanita berdikari ada beberapa ciri :

1 - Segan menerima barang percuma. Mereka pasti cari cara untuk pulangkan ia walau dalam bentuk berbeza.

2 - Mereka malu meminta-minta. Mereka lebih suka berusaha agar tidak perlu menadah sesiapa.

3 - Mereka suka arjuna yang rajin bekerja. Mereka mahu pasangan yang sama-sama kaya dan berjaya.

4 - Mereka mudah cair dengan arjuna santun. Tak kacak tak apa, budi bahasa nya ada. Mereka menyampah dengan arjuna yang poyo dan membuli wanita samada secara fizikal atau kata-kata.

5 - Mereka ini pemikir. Yang tunjuk gelojoh dan gelak berdekah mereka tak suka. Mereka keliru samada kita ini arjuna ataupun ungka.

6 - Mereka membenci parasit. Arjuna yang selalu menadah-nadah mereka anggap pelesit. Bagi mereka fitrah arjuna untuk berusaha dan tidak merintih nasib.

7 - Mereka membina harta. Mereka tak letakkan masa depan diri di tangan sesiapa. Mereka tahu penting memiliki rumah, simpanan dana cemas dan tabung emas.

8 - Mereka fokus hal besar. Mereka malas nak ingat hal semalam kerana cenderung fikirkan soal masa hadapan.

9 - Mereka tidak mudah selesa. Sentiasa mahu capai lebih tinggi lagi dan lagi. Lagi besar cabaran, lagi mereka suka pada tugasan.

10 - Mereka sebenarnya, MANJA. Mereka mudah cair jika dihargai, didengari, dilindungi dan hakikatnya hati mereka sangat lembut seperti jeli.

Salam sayang dan tahniah arjuna beta tak sampai setahun usahanya!

********

Semoga Ia Bermanfaat Untuk Para Lelaki Mengenali Hati Para Wanita!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen