“Nak Diet Tak Semestinya Mahal, Nak Sihat Tak Semestinya Untuk Orang Kaya Sahaja…” Ikuti Pesanan Doktor Ini.

Ramai dikalangan kita ingat, kalau nak sihat dan jaga diet pemakanan perlu ada banyak duit, kerana makanan yang sihat harganya mahal. Malah, kalau nak buat senaman pun perlu lakukan di Gym. Bayar membership Gym setiap bulan satu hal.

Sebab itu, orang yang nak diet tidak kesampaian, kerana mindset ‘Nak Diet, Guna Banyak Duit’..

Tak..

Tidak…

Nak diet dan sihat bukan hanya untuk orang yang kaya dan banyak duit sahaja seperti perkongsian dari Doktor Rusyainie ini…

********

Sihat Bukan Hanya Untuk Orang Kaya.

Kita ni tekaknya Melayu. Poket tak berapa nak tebal. Nak makan sihat tak semestinya cara Barat. Atau yang bani Melayu agung-agungkan sekarang, makanan yang datang dari tanah Arab. Sunnah Rasulullah SAW kata mereka.

Kawal Sahaja Portion Nasi.

Nak sebut pasta kat pesakit pun saya pandang kiri kanan. Dia tu miskin, pastu saya suruh dia makan pasta, ganti nasi. Hello, mahu dia kata, doktor ni tahu tak, yang dia makan beras yang paling murah? Patutnya saya cakap kat dia, untuk kawal porsi nasi tu. Bukan tukar pada pasta, quinoa atau roti.

Tak Semestinya Ikan Salmon.

Ikan tak semestinya salmon atau trout. Ikan kembung, selayang, selar kuning kan murah. Ikan merah, jenahak, parang, siakap pun saya tak pernah cadangkan pada pesakit saya. Sebab saya tahu ikan tu mahal. Sihat bukan hanya untuk orang kaya.

Herba Tempatan Pun Banyak.

Ayam atau daging bakar atas kuali atau dalam ketuhar tak semestinya herba penyedap rasa tu oregano, thyme, rosemary, parsley, basil. Gunalah biji ketumbar, serai, kunyit, halia, bawang putih, jintan yang kita ada. Kan murah. Dok sibuk nak guna segala rempah dan herba tu minum jadi air yang rasa tak sedap tu dah kenapa. Padahal kalau diguna dalam masakan kan penambah rasa.

Related image

Sayur Tempatan Juga Banyak.

Daun salad, timun jepun, lada benggala sebagai sayur mentah tak semestinya pilihan kita. Tak perlu pun beli buah zaitun kalau duitnya sikit. Tu benda mewah. Ulam-ulaman kita punyalah banyak. Pegaga, pucuk gajus, tenggek burung, ulam raja, selom dan segala ulam yang ada tu dah cukup bagus.

Pelbagai Menu Tempatan Boleh Dijadikan Sebagai Diet.

Singgang tu sup yang sihat kan. Penuh rempah ratus. Sedap pula tu. Tomyam siap lengkap dengan sayur dan protein, dah tak payah nak masak lauk lain.

Stim ikan dengan limau, daun ketumbar, serai dan daun limau purut tu pun tak kurang sedap kan. Langsung tak ada minyak pun. Yang ada lemak dari ikan. Tak payah pakai lemon yang RM2 sebiji tu, limau nipis kan murah. Kadang belakang rumah pun ada.

Sekali lagi, makan secara sihat bukan semestinya kena mahal. Untuk orang kaya semata.

Related image

Ia adalah untuk semua. Kita sesuaikan dengan resepi yang kita warisi dari susur galur kita sebagai Melayu nusantara. Saya bangga sebagai Melayu yang ada campuran darah macam-macam.

Kita kenalah belajar mengira kalori. Yang kita makan mesti kurang dari yang kita dah hilang melalui aktiviti fizikal dan fungsi asas tubuh. Kalau wanita umur 41 tahun macam saya, yang joging 3-5 km sehari, kalau makan 2000 kcal sehari, memang obes la jadinya. Lepas tu depan doktor dok cakap, yang dia makan sikit. Sikit apa kalau dah 2000 kcal sehari. Segala lemak di badan tu bukan datang sebab kita sedut udara, kita bukan belon. Tu semua adalah sebab kita yang masukkan makanan dan minuman tu ke dalam mulut kita.

Kita kenalah tahu, kalori dalam ayam goreng lebih tinggi dari ayam bakar. Kena sedar, kalori dalam ayam sup lebih rendah dari ayam masak lemak. Nak makan apa-apa, ingatkan pada diri, jumlah kalori yang ada dalam makanan tu. Jangan main tala.

Ramai orang fikir mereka kena ikut regim diet yang ketat untuk hilang berat badan. Dalam jangka masa tertentu. Tu silap. Dan salah.

Image result for makanan untuk orang diet

Makan secara sihat adalah amalan sepanjang hayat. Sebelum berangan nak mulakan program diet yang entah apa-apa tu, tanya diri, boleh ke kekalkan makan tu saja sampai mati? Kalau tak boleh, maka diet tu tak betul.

Ikut pinggan sihat Malaysia tu adalah cara makan yang terbaik kerana ia adalah hasil kajian saintifik dan ia telah menjadi garis panduan diet KKM. Kita kan orang Malaysia. Kenapa nak ikut diet yang mahal. Kalau mampu tak apalah, tapi jangan perkecilkan mereka yang tak boleh nak beli.

Saya bekerja dengan pesakit-pesakit yang bukan orang kaya. Saya bertanggungjawab pada mereka bab diet juga dalam ilmu yang terhad. Tapi yang saya sentiasa pesan, makan apa pun bersederhana.

Orang kaya dok sibuk nak telan segala suplemen, sedangkan pesakit saya nak beli ayam pun susah. Kalau kita tak beli, bani suplemen kata kita berkira bab kesihatan. Ek eleh, kalau betul lah penting sangat, meh sini bagi percuma.

Apakah adil untuk saya suruh pesakit saya beli suplemen yang macam doktor cap ayam suruh supaya saya dapat komisyen? Kononnya supaya mereka sihat. Padahal suplemen yang tak payah diambil tu dah disenaraikan oleh Cancer Research Fund sebagai salah satu risiko untuk kanser.

Hak untuk sihat adalah hak milik semua orang. Bukan hanya orang kaya.

Sentiasa letakkan diri di tempat pesakit. Bukan suruh pesakit ikut gaya hidup saya.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen