Nak Sentiasa Murah Rezeki, Lelaki Ini Kongsi 3 Perkara Yang Perlu Dijaga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasanya tips untuk mendapatkan rezeki yang melimpah ruah ini sudah banyak diperkatakan orang. Akan tetapi setiap orang sudah tentulah berbeza cara amalan dan petua yang diamalkan setiap hari. Namun begitu, sudah tentu kita sentiasa tertanya-tanya macam mana seseorang itu boleh dilimpahkan rezeki yang begitu luas.

Rezeki setiap orang itu sudah tentulah berlainan, ada orang mungkin diberikan rezeki melalui wang ringgit, ada pula yang melalui anak-anak yang ramai malah ada pula yang diberikan keluarga bahagia. Apa sahaja rezeki yang telah diberikan kepada kita sudah tentulah perlu kita bersyukur dengan setiap pemberiannya.



Apabila bertanya mengenai bagaimana untuk mendapatkan rezeki yang luas, sudah tentu rata-rata orang akan menekankan 3 perkara penting ini, begitu juga Ariff Ismail ini. Bagi beliau jika kita menjaga 3 perkara ini, insya Allah akan membuka pintu rezeki yang luas buatnya.

Mari sama-sama kita lihat 3 perkara yang dijaga oleh beliau.

NAK REZEKI MURAH JAGA 3 PERKARA NI

1. Hubungan Dengan Allah

Sesungguhnya segala rezeki itu dtg dari Allah. Nak rezeki murah nak urusan mudah sila jaga hubungan dengan Allah.
Sembahyang kena jaga, sebelum fikir bab sembahyang sunat jaga dulu 5 waktu yang wajib. Ajar diri untuk solat di awal waktu.

Dah jaga yang wajib, amalkan pula solat solat sunat. Banyak brother yang kita boleh buat. Bangun sepertiga malam, amalkan untuk solat sunat taubat, hajat dan tahjud.

Pagi lepas masuk opis ambik masa lima minit untuk buat solat sunat dhuha. Ni semua dapat memudahkan pintu rezeki kita terbuka luas.

Rezeki ni Allah yang atur, kita nak minta pada siapa lagi kalau bkn pada Nya.



2. Hubungan Dengan Emak

Ni ramai selalu terlepas pandang, lagi lagi bila dah kerja dan dah kahwin. Hati mak selalu terabai.

Mak ni syurga kita brother, syurga kita letak kat bawah kaki ibu. Kalau hubungan dengan mak pon kita tak jaga macam mana Allah nak mudahkan urusan kita.

Mak ni dia tak minta duit kita pon, dia nak kita ingat dan santuni mereka. Doa mak tak da hijab brother, tak percaya? Cuba kau suruh mak kau doa, cepat je makbul.

Kita kena ambil berat keperluan mak kita. Sekali sekala kena luang masa dengan mak , bawak jalan jalan, ambil berat kesihatan mereka.

Bila mak redha dengan apa yang kita buat, InshaAllah semua benda jadi mudah.



3. Hubungan Dengan Isteri

Kita kahwin bukan semata mata orang ada bini kita nak ada gak. Nak pintu rezeki terbuka luas? Jaga hati bini.

Cuba layan bini macam mana kita layan mereka masa bercinta dulu. Ini tidak masa zaman cintan cintun, jalan pegang tangan, dah kahwin jalan kedepan isteri kau tinggal kan kat belakang.

Yang belum kahwin, tak yah nak sibuk tanya jaga hubungan dengan girlfriend pulak! Tu bukan buka pintu rezeki, tu kau nak tutup. Jaga adab selagi belum ada ikatan sah.

Ringan kan beban isteri, bila isteri gembira, rumah tangga pon ceria, maka rahmat dan rezeki dari Allah pon mudah.

Sentiasa jaga hati isteri walaupon isteri dah gemuk, dah comot, tak lawa macam dulu. Yela dah beranak dengan jaga anak, kadang kadang nak jaga diri pon tak sempat.

Sebab perempuan ni, bila dah kahwin, ada anak dan suami. Benda yang di jaga dan jadi keutamaan adalah anak dan suami.

Oleh itu, kita jaga lah hubungan dengan isteri dan sentiasa hargai mereka. Kerana wanita itu sungguh berharga. Allah akan limpah kan rezeki untuk kita bila kita jaga mereka dengan baik.

Ini sedikit perkongsian dari saya. Semoga bermanfaat. Ingat nak rezeki mudah jaga 3 perkara di atas.
- Ariff Ismail -

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen