Jodoh Datang Bukan Dikala Jantung Berdebar, Tetapi Ketenangan Yang Kita Rasa.

Setiap dikalangan kita pasti pernah merasa apa itu cinta. Cinta pandangan pertama, cinta monyet, cinta teman tapi mesra dan seumpama dengannya. Namun, apakah yang betul-betul kita rasa ketika itu? Jika kita suka pada seseorang, atau tertarik pada seseorang, apakah perasaan sebenar yang kita rasa?

Berdebar Dikala Bertemu Dengan Si Dia Adalah Ujian.

Rasa berpeluh-peluh…

Senyum sehingga ke telinga…

Dan yang penting adalah rasa berdebar…

Debaran yang tidak pernah kita rasa…

Debaran yang membuat kita menganggap itu adalah cinta…

Debaran yang membuat kita menganggap itulah si dia yang anda cari selama ini…

Debaran yang membuat kita menganggap, ‘Ya itulah jodoh saya’…

‘Jantung berdebar, rasa nak terkeluar dari radar…’

‘Jantung berdebar, rasa nak meletup pun ada…’

Semua perasaan ini semuanya Allah yang beri…

Namun, ada sebab tersirat kenapa Allah beri semua perasaan ini…

Ia adalah ujian untuk kita…

Ujian yang dapat mematangkan diri kita…

Ujian untuk menentukan siapa diri kita yang sebenar…

Tanpa ujian ini kita tidak dapat belajar untuk ada rasa bersyukur…

Tanpa ujian juga kita tidak dapat mengerti apa itu pemberian Allah…

Kerana ujian itu adalah tanda kebesaran Allah SWT…

Debaran Permainan Syaitan, Tapi Ketenangan Itu Allah Berikan.

Setelah sekian lama ujian datang sebagai cabaran dalam hidup kita…

Pasti kita akan merasa kenapa si dia yang datang dikala jantung berdebar, bukan jodoh kita…

Bukankah debaran dalam hati itu menandakan ada satu magnet tarikan antara kita dan dia…

Bukan, itu permainan syaitan…

Permainan syaitan untuk memesongkan hati dan perasaan…

Jika benar kita mencari dan menjemput jodoh kerana keagamaan…

Bukan debaran yang kita rasa…

Tapi ketenangan yang kita rasa….

Sebagaimana Allah SWT berfirman;

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan…..” (Ar-Rum: 21)

Nak bina rumah tangga…

Ketenangan yang perlu ada…

Ketenteraman yang perlu ada…

Setakat debaran jantung di dada…

Ia menandakan kita hanya tertarik pada fizikal semata….

Tenang Dalam Melakukan Apa Jua Perkara.

Kehadirannya sangat tenang…

Penampilan dan perilaku juga yang sangat tenang….

Tenang ketika meluahkan perasaan dan menyelesaikan masalah…

Lihat sahaja wajah si dia, kita seolah-olah berada di rumah…

Rasa yang sangat selesa tanpa rasa gundah…

Apa jua kekurangan dan kelemahan, tidak terus menjadi salah…

Kententeraman yang dirasakan sehingga ingin membina berumah tangga…

Itu jodoh…

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen