Di Sebalik Omelan Seorang Wanita Itu, Ada Kejayaan Buat Lelaki.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang perempuan ini zahirnya seorang yang begitu penuh dengan kasih sayang dan juga berhati lembut. Tak akan mungkin dirinya marah yang begitu lama pada orang yang dia sayang melainkan jika orang tersebut yang melukakan hatinya.

Dalam kesusahan dialah akan menjadi penguat semangat anda, dalam kesenangan anda dialah juga yang menjadi penyorak utama. Dia sebenarnya sumber kekuat buat orang lelaki. Sebab itulah orang lelaki boleh menjadi begitu lemah hanya kerana seorang perempuan.

Mungkin sekarang kita tak dapat rasakan kasih sayang seorang wanita, akan tetapi apabila kita hilang wanita tersebut barulah kita tahu bahawa kasih dan sayangnya dia terhadap kita. Boleh jadi dia ibu kita atau isteri kita yang tak pernah pun kita menghargai dirinya.



Tiada satu perempuan pun mahukan dirinya banyak membebel atau terlalu banyak cakap bersama orang yang disayanginya, akan tetapi ini sahaja caranya untuk memberi nasihat serta menyedari orang yang disayangi.

Bukan sengaja mereka berkata sesuatu yang menguris hati, akan tetapi itu sahaja cara membuat anda menyedari akan kesilapan anda.

Lelaki-lelaki, kenali isteri, ibu dan juga pasangan anda. Anda kebaikan disebalik bebelan yang menyakiti telinga kita setiap hari itu.



1. Permulaan dari kemarahan seorang perempuan ialah diam, sebab ia sudah merasa suaranya tidak lagi didengar sehingga lebih baik bungkam dan melakukan pembiaran.

2. Lebih menyakitkan didiamkan oleh perempuan yang kita cintai daripada dicereweti, sebab saat perempuan masih cerewet itu petanda masih peduli untuk menjadikan kita lebih baik lagi dalam membijaksanakan penghidupan.

3. Perempuan tidak mungkin cerewet jika kita mampu mencukupi kebutuhan zahir dan batinnya, jadi serupa dengan traffic light, saat perempuan cerewet maka itu sudah lampu kuning agar kita segera berlalu dari perangkap lampu merah iaitu kemalasan, malah menuju lampu hijau ‘tuk menjalani kejayaan’.

4. Jangan menafsirkan keluhan perempuan sebagai perkara yang buruk, akan tetapi itu anugerah terbaik yang diberikan Allah sebagai usaha untuk menyedari hakikatnya lelaki itu imam rumah tangga yang mestinya tahapnya lebih tinggi dari segi keseimbangan dalam pemikiran dan kesabaran.

5. Berbahagialah sebab perempuan di sampingmu masih menyediakan suaranya untuk menegurmu ketika ada kekurangan, bukankah itu juga yang dirimu inginkan saat memilihnya menjadi pendamping hidupmu yakni saling menyempurnakan



6. Percayalah, perempuan itu menginginkan lelakinya terus berkembang dalam segala hal, sebab ia tak mau melampaui imam rumah tangganya sehingga saat melihat ada kekurangan dalam diri seorang lelaki, perempuan itu merasa perlu untuk mengambil kebijakan dalam mengingatkan sebelum lelakinya mengalami kegagalan

7. Dari itu kepada kaum lelaki, mari berfikir secara matang bahawa bukan hanya kita yang bertanggungjawab untuk mengarahkan perempuan menjadi lebih baik, tetapi juga perempuan juga memiliki hak untuk menggalakkan dengan caranya sendiri dan tak jarang melalui kecerewetan, sehingga lelaki merasa tertampar harga dirinya untuk kemudian lebih fokus akan masa depan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen