“Hentikan Trend Makanan Pedas Melampau Ini!” –Dr Kamarul Ariffin-

Rata-rata masyarakat sudah pun mengetahui tentang makanan pedas melampau sejak daripada Maggie Samyang lagi. Kemudian baru-baru ini keluar pula Ayam Goreng 3 kali pedas dari biasa, daripada franchise terkenal untuk memperkenalkan produk makanan yang terbaru. Situasi sebegini seolah-olah sudah menjadi trend bagi masyarakat kita, dan mahu lakukannya sebagai #challenge.

Image result for ayam goreng mcd 3x spicy

Trend makanan pedas ini patutnya dihentikan, kerana mampu memudaratkan kesihatan individu seperti pesanan yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin ini…

********

Related image

Saya rasa, dah tiba masanya kita hentikan trend menu makanan pedas melampau, dan cabaran makan makanan pedas.

Ia trend yang boleh menjejaskan kesihatan.

Makanan pedas memang sedap, dan menyelerakan. Namun, bila dah terlalu pedas, mana datang nikmatnya?

1. Biasanya, bila dah terlalu pedas, orang akan makan laju-laju! Kunyah pun ala kadar je. Ini sesuatu yang tak bagus untuk penghadaman makan yang dari mulut.

2. Di mulut makanan perlu dihancurkan secara fizikal, iaitu dikunyah.

3. Selain itu di mulut pencernaan kimia juga berlaku. Enzim amilase dari air liur diratakan pada makanan semasa dikunyah.

4. Fungsi enzim ni adalah untuk menguraikan kanji kepada unit karbohidrat yang lebih kecil atau gula ringkas.

5. Apabila tak kunyah sempurna, pasti penghadaman dan pencernaan terjejas. Jadi kita tak dapat sepenuhnya zat dari makanan yang kita makan. Rugi, kan?

Lazimnya semasa dan selepas makan makanan pedas, kita minum air dengan sangat banyak. Ini juga amalan yang tidak baik. Kita akan cenderung untuk isi perut, lebih daripada kapasiti maksimum perut kita.

Makan lebih kapasiti, serta makanan pedas ini menyumbang kepada faktor yang menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD), iaitu kondisi dimana asid melimpah ke esophagus. Ia menyebabkan pedih ulu hat dan sendawa berasid.

Selain GERD, makan makanan terlampau pedas juga dikaitkan dengan keradangan perut(gastritis), ulser perut, dan buasir. Makanan pedas tidak menyebabkan penyakit-penyakit ini, tetapi ia akan parakan kondisi itu jika orang itu sudah sedia ada memilikinya.

Image result for GERD

Kalau dah tahu ada gastritis, ulser, dan buasir kenapa nak makan juga makanan terlampau pedas ni?

Kerana ada cabaran-cabaran internet yang mengajak kepada hal itu. Kononnnya jika seseorang yang sahut cabaran tahan pedas lampau ni, dia akan dianggap hebat dan dipandang kool.

Siapa yang tanam anggapan ini? Kitalah! Kita yang menyemai persepsi itu melalui media sosial, dibantu oleh industri makaman dan minuman, sama ada perusahaan kecil mahupun syarikat gergasi.

Berlawanan-lawan nak keluarkan menu yang paling pedas! Sampai ada pelanggan yang sakit perut berguling-guling, cirit-birit berterusan, dan buasir berdarah.

Jadi, kita jugalah bertanggungjawab untuk hentikan benda ni. Tak usahlah buat cabaran-cabaran tu semua lagi. Tak usah makan menu terlampau pedas. Makan pedas-pedas manja sudahlah. Haha!

Makanan yang kool, adalah makanan yang sihat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan.

Pedas-pedas Manja je.

********

Semoga Bermanfaat Dan Kalau Boleh Jangan Makan Makanan Pedas Dengan Durian Pula!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen