Waktu Bertunang Adalah Proses Cari Kesesuaian, Kalau Agak-Agak Tak Sesuai Batalkan, Bukan Terus Kena Kahwin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seperti yang kita tahu bahawa, bertunang adalah salah satu proses yang wujud dalam syariat Islam. Orang kata kalau bertunang ini jangan lama-lama sangat, sebabnya banyak halangan dan dugaan yang kadang kala tak sanggup nak ditempuhi.

Mana tidaknya, waktu inilah kita jumpa yang lebih baik, pada masa itu jugalah baru kita tahu bahawa tunang kita ini seorang kaki pukul, kuat mencarut dana macam-macam lagi lah. Masa inilah kita akan lihat segala-galanya walaupun dia berpura-pura sekalipun tentu akan kantoi juga.



Walaupun hubungan dah dapat persetujuan ibu bapa, ia bukan lesen yang membolehkan ke sana sini tanpa mahram kerana hubungan masih lagi belum halal. Ramai yang guna lesen bertunang ini sebagai peluang untuk mereka berdua-duaan.

1. Tempoh bertunang adalah tempoh menilai.

Orang yang bertunang ini belum tentu kena kahwin, kena akad nikah. Akan tetapi tempoh yang ada itu adalah untuk kita kenal bakal pasangan kita. Adakah agamanya baik atau tidak, akhlaknya elok atau tidak dan sebagainya.

Dalam tempoh masa bertunang, adakah adakah dia menjaga tingkah lakunya? Adakah dia memberi teladan yang baik kepada kita atau membawa kita ke arah ke maksiatan, masa bertunang inilah kena tengok betul-betul.



2. Jaga batas pergaulan.

Dah bertunang bukan lesen untuk keluar bersama tanpa mahram. Bukan lesen untuk keluar sehingga lewat malam. Bahkan tidak boleh berpegang tangan malah menayang aurat kepada si tunang.

Dalam proses pertunangan ini, kita seharusnya mengelakkan diri dari melakukan dosa dan maksiat.Setiap batas agama perlu dijaga, agar kita dan pasangan tidak terjebak dengan fitnah atau berzina yang boleh membinasakan.



3. Eratkan hubungan dengan keluarganya.

“Apabila seseorang itu berkahwin, dia bukan sahaja mengahwini pasangannya malah mengahwini seleuruh isi keluarganya.”

Sebab itu dalam tempoh bertunang ini kita kena juga ambil tahu akan keluarganya. Jangan sibuk dengan tunang kita sahaja akan tetapi sibuk juga nak rapatkan diri dengan nakal keluarga baru.

Tidak kisah lah nak telefon sekali sekala ke, nak ziarah ke rumah bersama buah tangan atau apa jua sekali pun, pastikan kita cuba untuk ambil hati mereka. Barulah hubungan yang terbina itu bertambah erat. Malah, perkara sebegini juga dapat mengurangkan masalah mertua dan menantu selepas berkahwin nanti.

Bertunang ini bukan lesen untuk membuat perkara yang tidak elok, akan tetapi ia proses mencari kesesuaian, kalau agak-agak tak sesuai maka batalkan. Bertunang ini bukan kena kahwin, bukan kena nikah juga cuma kena pastikan dia sesuai atau tidak dengan kita.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen