'Haram' Seorang Isteri Keluar Rumah Tanpa Izin Suaminya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Syurga seorang isteri adalah pada suaminya. Tak manis rasanya seorang isteri itu keluar tanpa mendapatkan keizinan suaminya. Walaupun sekadar nak pergi ke kedai depan rumah sahaja.

Lagi elok kalau kita keluar bersama-sama suami sebenarnya untuk mengelakkan fitnah, tapi zaman sekarang ini sudah ada me-time bersama rakan-rakan, aktiviti majlis ilmu, ataupun keluar berkerja. Jadi kalau suami tak beri keizinan keluar rumah macam mana?



Apabila Allah SWT menetap-kan suami supaya mencari dan memberi nafkah, ditetapkan kepada isteri supaya taat kepada suami.

Bahkan dalam masalah keluar rumah, Allah SWT melarang isteri meninggalkan rumah.

Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: "Hendaklah kamu tetap di rumah kamu dan jangan sekali-kali kamu keluar sebagaimana orang jahiliah yang dahulu." (Surah al-Ahzab, ayat 33)

Arahan suami jelas melarang bertujuan menjaga anak, maka itulah sewajibnya ditaati, manakala selawat dan membaca surah Yasin dan ibadat lain boleh saja dibuat di rumah.

Firman Allah SWT bermaksud: "Maka perempuan yang soleh ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, de­ngan pemuliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya.

"Dan perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan bertujuan mengajarnya).

"Kemudian jika mereka taat kepada kamu, janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar." (Surah an-Nisa', ayat 34)

Wujud perselisihan ulama membolehkan isteri keluar tanpa izin hanya menziarahi ibu bapa kerana adanya arahan Allah SWT supaya tidak memutuskan silaturahim.

Selagi suami menunaikan nafkah dan melaksanakan tanggungjawabnya, selagi itu suami berhak ditaati.

Jadi apa-apa pun sebelum membuat keputusan adalah lebih elok kita berbincang dahulu bersama suami. Jangan terlalu mudah untuk ambil keputusan sendiri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen