Selalu Kering Hujung Bulan, Sampaikan Tak Ada Tabungan Untuk Duit Kahwin. Ini 5 Tanda Yang Gaji Korang Itu Tidak Cukup Dengan Gaya Hidup Korang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau bercakap mengenai kewangan ini memang tak akan pernah habis la gayanya. Lagi-lagi bila bercakap mengenai gaji yang kita perolehi setiap bulan, lagilah perkara yang membuatkan kita garu kepala.

Setiap bulan dapat gaji yang sama tapi tak tahu duit itu semua pergi mana. Kalau ikutkan rasa-rasa sudah tentulah cara perbelanjaan setiap bulan itu sama tetapi tak sampai hujung bulan duit dah tak cukup. Eh macam mana ni?



Korang pun mesti macam ni juga kan? Nak tunggu bulan satu sampai masuk gaji semula itu memang kadang kala buat hilang sabar betul kan. Haa, kalau korang nak tahu yang gaji korang tu cukup tak untuk gaya hidup korang sekarang ini, jom tengok 5 tanda ini.

Kalau ada kelima-lima tanda ni, boleh lah cari jalan nak tambah pendapatan dan kurangkan perbelanjaan.



1. Duit Habis Di Tengah Bulan.

Belum tiba hujung bukan duit korang dah habis? Lagi dua minggu terpaksa kawal duit yang ada dengan ketat, malah yang lebih teruk adalah bila tiba hujung bulan wang anda hanya tinggal RM20.00 je.

Haa kalau ini mungkin kerana dua sebab je. Yang pertama gaji anda itu terlalu sedikit ataupun gaya hidup anda yang melampaui batas gaji korang. Jadi apa yang boleh korang buat? Sama ada kurangkan perbelanjaan ataupun cari pendapatan lebih. Pilihan di tangan korang.

2. Pakai Kad Kredit Sebagai Tambahan.

Kalau pakai kad kredit ini memang la nampak macam orang ‘ada-ada’. Bila tak ada cash dekat tangan tinggal hulur kad kredit je. Nampak macam orang kaya tapi sebenarnya korang sedang membina hutang yang banyak dalam rutian harian korang.

Jangan ingat bahawa kad kredit ini adalah wang tambahan tetapi ia adalah hutang tambahan. Semakin banyak korang berbelanja makin banyaklah hutang korang. Jadi macam mana nak berjimat pada bulan hadapan. Lebih elok kalau korang buang saja kad ini, hanya tambah beban je.

3. Tak Mampu Nak Bayar Hutang.

Dah pandai berhutang tapi tak mampu nak bayar pula, haa ini juga menandakan bahawa pendapatan anda itu tidak mencukupi dan anda telah berbelanja secara berlebihan.

Kalau sudah berhutang itu, anda kena dahulukan hutang anda barulah selepas itu fikirkan untuk kegunaan yang lain. Jangan habiskan segala wang anda dan tidak membayar hutang rakan anda itu. Kesian mereka juga perlukan wang juga.



4. Tiada Wang Kecemasan.

Ini juga menunjukkan bahawa pendapatan anda sebenarnya tidak mencukupi buat anda. Apabila saat kecemasan korang tiada wang yang mencukupi membuatkan korang akan berhutang ke sana sini. Haa, ada tak wang kecemasan dalam tabung korang tu?

Kalau tak ada, maknanya gaji korang sememangnya kurang mencukupi.

Jadi tak akan korang nak tunggu je tanpa ambil apa-apa tindakan, lagi-lagi kalau korang ada perancangan nak kahwin. Mestilah kena kena berusaha lebih untuk mudahkan kehidupan korang suami isteri nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen