Nak Kejar Pahala Dengan Pasangan Lambat Lagi, Jom Yang Bujang Gandakan Pahala Dengan Ajak Orang Lain Lakukan Kebaikan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Begitu mudah Allah beri peluang untuk kita kejar pahala agar dapat pergi ke syurganya bukan? Pelbagai cara dan peluang yang Allah berikan agar semua umat Islam berpeluang untuk pergi ke syurganya.

Syurga ini bukan untuk ustaz atau ustazah sahaja, tetapi ia terbuka kepada semua umat Islam. Lihat betapa baiknya Allah ini pada hambanya. Kita sebagai hamba tak akan nak tengok dan biarkan peluang sebegini. Jom sama-sama kita kerjar setiap peluang yang telah disediakan untuk kita.



Sebagai umat Islam, kita bukan sahaja dituntut untuk berbuat kebaikan, malah mengajak orang lain melakukan perkara yang sama.

Tidak kisahlah siapa pun kita ini, kita sentiasa berpeluang untuk mengajak orang lain melakukan kebaikan.

Malah, sesiapa yang melakukannya mendapat pahala berganda, apatah lagi jika kebaikan itu dituruti oleh orang lain.
Bahkan, Rasulullah SAW sendiri juga mengajak orang melakukan kebaikan.

Baginda SAW bersabda: "Barang siapa mengajak ke arah kebaikan, ia memperoleh pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan pahala mereka yang mencontohinya itu sedikit pun. Barang siapa mengajak ke arah keburukan, maka ia memperoleh dosa sebagaimana dosa-dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan dosa-dosa mereka yang mencontohinya itu sedikit pun." (Riwayat Muslim)



Sebenarnya, ada banyak cara untuk mengajak orang ke arah kebaikan bermula daripada sekecil-kecil perkara hinggalah yang besar seperti berdakwah kepada orang bukan Islam.

Barangkali kita boleh mulakan perkara yang mudah seperti mengajak orang lain solat, menumpangkan ke masjid atau belanja makan selepas solat.

Mungkin apa yang kita lakukan itu akan dicontohi orang lain, sekali gus mengajak mereka ke arah kebaikan.

Namun, untuk mengajak orang ke arah kebaikan, wajib bagi kita untuk melakukannya terlebih dahulu.

Ia sebagaimana firman ALLAH SWT: "Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi ALLAH jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah al-Saff, ayat 2-3)

Apabila kita melarang orang lain berbohong contohnya, jangan sesekali kita berdusta.

Mudah-mudahan segala amal kebaikan yang dilakukan akan diterima oleh ALLAH SWT dan memperoleh ganjaran daripada-Nya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen