Kejap Nampak Berat Turun Tapi Besok Naik Pula. Haa, Cara Korang Timbang Tak Betul Tu, Cuba Jangan Timbang Pada 8 Waktu ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau bab-bab suruh timbang berat badan ni, ramai je yang malu kan. Tapi kalau tengah diet, rajin pula nak timbang berat badan banyak kali. Paling mengecewakan adalah bila timbang banyak kali pun berat masih sama juga. Sedihnya…

Agak-agak salah dekat mana ya? Salah diet? Tuan punya badan? Atau salah timbang? Mesti akan ramai yang kata timbang yang salah, ye timbang yang salah korang je yang betul.



Korang tahu tak kenapa angka timbang korang tu tak tepat? Kejap naik kejap turun. Sebenarnya ada waktu yang sesuai untuk korang timbang berat badan. Bukannya main timbang ikut suka hati je.

Ini 8 waktu yang tak sesuai untuk timbang berat badan korang tu.

1. Timbang sebelum tidur.

Waktu terbaik untuk menimbnag berat badan adalah waktu pagi selepas bangun tidur sebelum sarapan. Jangan timbang pada waktu malam terutama sekali selepas makan kerana itu adalah waktu berat badan paling maksimum. Ada mungkin akan menangis melihat angka itu nanti.

2. Timbang setiap hari.

Kalau ya pun korang tak sabar nak kurus, tak perlu la timbang setiap hari. Ia hanya akan menambah tekanan bila lihat hanya sedikit perubahan. Anda juga yang akan kecewa nanti. Disarankan timbang berat seminggu sekali.



3. Guna penimbang berbeza.

Minggu ni timbang kat rumah, minggu depan timbang di pejabat kemudian di klinik. Itu belum kira kalau nampak penimbang di pasar raya lagi. Korang kena guna satu penimbang je untuk dapatkan kesan yang kosisten.

4. Beli yang murah.

Nak pakai lama jadi eloklah beli yang mahal sedikit. Penimbang murah ini kebiasaannya kurang tepat pembacaannya. Sebaiknya beli jenis digital supaya dapat bacaan yang tepat.

5. Pakaian tebal.

Baju dan seluar yang tebal ini akan mempengaruhi angka berat badan. Jadi seeloknya timbang menggunakan pakaian yang nipis tanpa kasut.



6. Letak di atas karpet.

Akibatnya penimbnag tak rata dan akhirnya bacaan pun tak tepat. Anda dapat bezakan bacaan jika penimbang di pemukaan lantai yang rata dan kukuh berbanding atas pemukaan tidak seimbang.

7. Timbang tapi tak ukur.

Selain daripada timbang berat badan je, kena juga ukur perut, lengan, peha dan pinggul korang tu. Ada masa bila bersenam berat tak turun malah naik. Tapi sebenarnya badan makin mantap sebab lemak dah jadi otot.

8. Timbang ketika haid.

Bagi kaum wanita, menimbang ketika haid tidak disarankan kerana adanya gangguan hormone yang mungkin akan memperngaruhi berat badan korang.

So lepas ni elakkan timbang berat badan korang pada waktu-waktu macam ini. Barulah korang akan nampak hasil senaman dan diet main-main korang tu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen