Bukan Senang Nak Dapat Suami Yang Baik, Tapi Kalau Kita Diuji Dengan Suami Yang Teruk, Itu Bukan Petanda Kita Ni Wanita Yang Tidak Baik, Tapi Ia Jalan Mudah Menuju Ke Syurga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Korang dah mula doa untuk memiliki suami yang baik? Orang kata kalau nak suami yang baik kena berdoa dari sekarang.

Walaupun jodoh korang masih belum nampak bayang lagi, tapi disarankan untuk berdoa lebih awal. Ini kerana, kadang kala doa yang kita mohon itu mengambil masa yang lama untuk tertunai. Tapi kalau dari sekarang dah mohon doa untuk mendapatkan pasangan yang baik, sudah tentu bila tiba masanya Allah akan kurniakan pasangan yang baik untuk kita.

“Ya Allah, berikanlah aku pasangan yang baik, soleh serta bertanggungjawab terhadap keluarga.”

Setiap kali lepas solat, jangan lupa untuk berdoa perkara seperti ini.

Kalau setiap hari kita solat lima waktu dan kita doa lima kali sehari, itu belum termasuk solat-solat sunat, agak-agak Allah akan makbulkan tak doa kita?

Sudah tentu Allah akan nampak kesungguhan kita.



Jadi jangan rasa perkara ini tak penting, tapi sebenarnya ini adalah salah satu cara untuk kita mendapatkan pasangan yang baik sesuai dengan apa yang kita pohonkan.

Tapi macam mana kalau dah doa banyak kali, tapi bila dah kahwin, pasangan kita itu tak macam yang kita mahukan.



Diuji dengan pasangan yang teruk, adakah kita ini bukan perempuan yang baik?

Haa, pasti ada sahaja diantara kita yang berfikiran seperti ini bukan?

Menurut perkongsian Ustazah Asma Harun, wanita yang diuji berkahwin dengan suami seperti ini umpama Asiyah isteri kepada Firaun.

“Di mana Asiyah yang diuji dengan sejahat-jahat manusia iaitu Firaun sebelum kematiannya.”

Kalau korang ditakdirkan mendapat suami yang jahat, pemalas atau teruk, sudah tentu mereka ini tidak sejahat Firaun.

“Akhirnya pada kematian, walaupun didera, dibelati disiat serta akhirnya disodok dengan benda tajam dengan suaminya sendiri, tapi saat itu Asiyah hanya senyum kerana Allah telah beri gambaran istana di Syurga.”

Maka makin sukar melakukan ketaatan pada suami, Insya Allah, makin luas dan mudah jalan untuk ke syurga Allah.

Mudah untuk taat dan hormat suami yang baik, tapi nak hormat suami yang tak sembahyang sangat payah.

“Tapi kepayahan itu lagi payah, lagi mudah untuk ke syurga.”

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen