Bakal-Bakal Suami, Kalau Dah Kahwin Nanti Agak-Agak Korang Kena Utamakan Siapa Dulu? Isteri Atau Ibu?

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah tiada sefahaman dengan mertua itu adalah perkara biasa dalam masyarakat kita yang telah mendirikan rumahtangga. Di mana ramai sahaja yang beranggapan apabila seorang lelaki itu telah berkahwin, tugasnya yang masih utama itu adalah ibunya.

Itu la yang buat isteri-isteri merasakan bahawa dirinya itu berkahwin dengan anak mak. Isteri-isteri rasa yang suami ini nak berkepit dengan mak sehingga lupa tanggungjawab sebagai suami.



Maka, isteri pula akan rasa sakit hati, tak puas hati malah rasa tiada sefahaman dengan ibu mertua. Haa, mana tidaknya tengok suaminya sikit-sikit ibu, sikit-sikit mak. Hati dan perasaan isteri diabaikan begitu sahaja.

Mungkin kalau dibincangkan ramai yang berpendapat bahawa anak lelaki perlu taat dan utamakan ibunya kerana syurga mereka ada pada ibu mereka. Akan tetapi bagaimana jika begitu taat sehingga mengabaikan perasaan hati isteri dan melupakan tanggungjawab.

Jadi selepas berkahwin, suami perlu lebih utamakan siapa? Isteri atau ibu?

Menurut Haji Hushim Haji Salleh, seorang perunding motivasi dan kaunseling, menyatakan bahawa kalau sudah berkahwin maka isteri yang paling utama, kalau belum kahwin ibu bapa.



“Tapi selepas isteri, kaum kerabat setersunya adalah ibubapa.”

Sebagai seorang suami, adalah lebih elok sekiranya kita melakukan perbincangan dengan isteri. Jangan membelakangi si isteri hingga membuat dirinya terasa hati.

Manakala sebagai ibu mertua pula, jangan pula kita ini mendesak sangat anak-anak agar mengutamakan kita.

Namun begitu, menurutnya, anak lelaki lebih elok sekiranya memfokuskan kepada isterinya terlebih dahulu.

Akan tetapi si isteri pula perlu lah memahami akan keperluan anak lelaki di mana, dia juga mahu mengembirakan hati mak mereka.

Jelasnya lagi, dalam hidup ini perlu ada timbang balas serta memberi dan juga menerima.

Tidak salah kalau kita ambil berat mengenai mak kita. Sememangnya tugas anak lelaki kena jaga emak, tetapi jangan pula kita mengabaikan isteri dan tanpa pengetahuan dirinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen