Bila Dah Jadi Suami Nanti, Kalau Nak Didik Isteri Jadi Solehah Kena Gunakan Kelembutan, Barula Isteri Mudah Lembut Hati.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak semua wanita itu seorang yang mendengar kata, taat malah seorang yang begitu mudah untuk dilenturkan. Sekeras-keras mereka ini yang anda lihat dari luarannya tetapi ia masih lagi boleh dilembutkan.

Dari luar kita tengok dia keras kepalanya, tetapi tidak tahu di dalamnya penuh dengan kelembutan yang tersembunyi. Selembut mana pun isteri itu, ada juga masa untuk dia menjadi keras kepala tapi sebagai seorang lelaki, jangan cepat mengalah malah cepat melenting.

Sabar.

Cuba untuk bersabar.

Tahan sabar.

Itu yang kalian boleh lakukan dalam mendidik dan membentuk isteri yang taat dan solehah ini.



Lelaki diciptakan memang sedikit kasar di dalam pergaulan, percakapan dan perbualan berbanding perempuan. Kuat, gagah, bertenaga itulah lelaki.

Tengok kulit pun dah berbeza. Lelaki kulit macam beg crocodile. Menggerutu semacam.

Perempuan pula kulitnya selembut kain sutera. Macam kulit bayi.

Bukan hanya kulit, hati dan perasaan, jiwa emosinya juga penuh terkandung kelembutan. Mudah tersentuh.



Segagah dan sekasar mana pun lelaki, Islam mengajar supaya bila berdepan isteri, didiklah dengan kelembutan, kasih sayang, dan pergaulan yang baik. Barulah harmoni. Tapi bukan maksudnya suruh jadi lelaki lembut atau pondan.

Firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
[Surah al-Nisa’: 19]

Jika ada perselisihan faham suami isteri, suami cubalah selesaikan dengan menyentuh emosinya, bukan secara logik akal semata. InsyaAllah akan mudah kawal.

Bak kata Saidina Umar al-Khattab r.a:
"A man should be a child with his wife, but if she needs him, he should act like a man."

Tahu tidak mudah, malah ia juga bukan perkara yang susah kalau dalam diri setiap suami-suami yang mahu ditemani isteri disyurga ini sentiasa sabar dalam membantuk dan membimbing isterinya.



Jangan didik mereka ini menggunakan kekerasan, tapi didik mereka gunakan kelembutan yang sama seperti kalian mendidik anak-anak kalian. Ini kerana, sudah sifat wanita manja dan inginkan perhatian seperti kanak-kanak.

Nak jadi suami bukan? Kenala sentiasa sabar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen