Dalam Mencari Jodoh Ni, Mesti Ramai Yang Percaya Bahawa Jodoh Itu Telah Ditetapkan, Eh Betul Ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bercakap mengenai jodoh ini sudah tentu ramai yang akan berteka teki sendiri, adalah jodoh kita ini akan tertukar dengan orang lain ataupun jodoh kita ini akan berlaku seperti yang telah ditetapkan. Apa-apa pun yang paling kita tahu dan yakin adalah jodoh itu akan datang bila tiba masanya.

Ada orang tu bercinta bertahun-tahun belum tentu akan jadi suami isteri yang sah. Ada orang tu baru je jumpa bulan depan, terus buat perancangan nak kahwin. Haaa…. Kita pula yang mana? Tak tahu bukan.



Dalam menanti jodoh ini pelbagai usaha telah kita lakukan, bukannya tak nak berkahwin macam orang lain tapi itulah jodohnya masih belum nampak bayang. Ada yang cuba untuk bergaul dengan ramai orang, ada pula yang meminta bantuan saudara mara bahkan ada juga yang mencari melalui laman mencari jodoh yang tersedia. Semuanya bergantung pada usaha kita dalam mencari jodoh.

Berteka teki dalam fikiran kita siapa jodoh kita, lagi-lagi sering kali diingatkan bahawa setiap orang itu miliki jodohnya tersendiri, lagilah membuat kita ingin tahu bagaimana jodoh kita itu.

Sekali lagi betul ke jodoh telah ditetapkan? Sama-sama kita baca perkongsian daripada Shukery Azizan ini sudah tentu akan memberi manfaat kepada kita yang sedang mencari jodoh ini.

Betul Ke Jodoh Dah Ditetapkan?

Sebelum pergi lebih jauh, saya nak beritahu dua perkara. Yang pertama, ini adalah kupasan lanjut dari bab Apa Itu Takdir, dalam buku saya, Aku Bukan Malaikat, pada bab yang pertama. Takut nanti ada yang 'blur' pula.

Yang kedua, kita tengok dulu apa itu definisi jodoh. Sebenarnya perkataan jodoh ni datang dari bahasa Indonesia, yang dipinjamkan kepada bahasa Malaysia. Kalau ikut kamus Indonesia, jodoh ni maksudnya “pasangan yang cocok” atau pasangan yang serasi.

Tetapi kalau dalam bahasa Arab, kalau kau nak tahu, perkataan jodoh ni sebenarnya tiada. Ya, tiada. Ulama’ semasa bahas hukum pernikahan hanya guna istilah ( زَوْجٌ ) atau( بَعْلٌ ) untuk suami, dan ( زَوْجَةٌ ) atau ( امْرَأَةٌ ) untuk isteri. Allah kata dalam al Quran,

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram bersamanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda (kekuasaanNya) bagi kaum yang berfikir”.
(Surah Ar-Ruum 30:21)

Jadi, perbincangan kita dalam bab ini bukanlah hukum-hakam pernikahan, ini bukan buku fiqh. Tetapi perbincangan kita lebih kepada “orang atau individu tertentu yang akan menjadi pasangan hidup kita.”

Saya dah huraikan dalam bab takdir yang mana jodoh ini dah ditetapkan dan apa PILIHAN yang kita ada adalah WAJIB buat PERSEDIAAN untuk dapatkan JODOH. Kita pilih sama ada nak dapat jodoh yang baik, atau yang buruk. Menjadikan diri sendiri sebagai calon pasangan yang berusaha ke arah sempurna, atau berusaha ke arah celaka. Atau mencari pasangan yang membimbing ke arah Syurga, atau mengheret ke arah Neraka.



Jodoh ini dah ditetapkan, sama ada kita dapat di dunia, ataupun di akhirat sana. Ada orang yang sempat bertemu jodoh di dunia, tetapi jangan lupa, sangat ramai juga yang hanya dapat menjadi mayat sebelum menjadi pengantin.

Contoh macam kisah seorang sahabat bernama Julaibib r.anhu, saya dah cerita masa bab takdir sebelum ni kalau kau perasan. Saya tak nak ulang panjang cerita dia, tetapi apa saya nak sebut adalah, Julaibib tak sempat pun berkahwin, sedangkan dia baru saja nak berkahwin dengan seorang sahabiah. Tetapi akhirnya dia syahid dulu sebelum sempat menjadi pengantin baru.

Pengajarannya, jangan pening-pening kalau kau baru umur 18 tahun tetapi tiada siapa nak kahwin dengan kau. Atau jangan pening kalau dah umur 30 tahun tetapi masih tak kahwin lagi. Kalau masih tak kahwin lagi, teruskan buat PERSEDIAAN untuk bertemu jodoh, dan jangan buat-buat lupa buat PERSEDIAAN juga untuk bertemu maut!

Persoalannya, apakah itu PERSEDIAAN?

Sebelum saya cerita apa itu persediaan, mari abang “payung” analogi sikit. Aduh, rosak bahasa Melayu. Waktu bulan Ramadhan, masa nak berbuka puasa kita selalu akan sebut apa? Biasanya kita akan sebut,

"Dah siap-siap nak berbuka belum?"

"Ish, lagi berapa minit nak buka ni. Dah buat persediaan berbuka belum?"

Ataupun waktu nak sambut hari Raya, kita biasa akan sebut,

"Dah buat persediaan nak raya Cik Siti Pepsikola?"

"Dengar cerita persediaan raya tahun ni meriah kau Jah?"

Jadi apakah maksud "persediaan" itu? Adakah kita akan duduk di dapur sambil tadah tangan dan menunggu makanan turun dari langit untuk kita berbuka? Atau adakah kita akan duduk di dalam bilik sambil menunggu pakaian raya turun dari langit untuk kita? Mestilah tidak.



Persediaan yang saya maksudkan adalah IKHTIAR dan USAHA. Ikhtiar sebelum dapat jodoh yang saya maksudkan adalah kau fikir dan PILIH jodoh macam mana yang kau nak. Tetapi janganlah fikir tu sampai hari-hari update status tentang,

“Saya menanti tulang rusuk kiri untuk memasakkan sup tulang untuk saya.”

“Kepada bakal imamku, aku sedia menunggumu hingga ke pintu kubur.”

Menyampah tahu. Jodoh ini dah ditakdirkan, jadi apa PILIHAN yang kita ada adalah dengan PILIH bagaimana jodoh yang kita mahu. Kita nak jodoh yang membawa ke Syurga, atau jodoh yang mengheret ke Neraka. Sebab itu Nabi ajar dalam satu hadis,


“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ramai orang anggap bahkan saya pernah terdengar orang kata,

“Kalau nak berkahwin, jangan tengok harta, keturunan dan kecantikan. Tengok agama saja, walaupun dia miskin, tak cantik atau tak hensem, dan keturunan yang teruk.”

Bila saya studi dan mengikuti beberapa perbahasan tentang hadis ini, baru saya faham bahawa Rasulullah ajar bukan tak perlu pedulikan kecantikan, keturunan dan harta. Tetapi apa Rasulullah anjurkan pada kita adalah, kalau kita nak pilih pasangan, pilihlah yang hartanya, keturunannya dan kecantikannya bersandarkan pada agama iaitu Islam. Bukan bersandarkan kepada perkara yang langgar syarak.

Pertama kita tengok harta dia dapat dari mana dan digunakan untuk apa? Adakah dia dapat harta dari sumber yang patuh syarak? Atau dia dapat hasil dari merompak, judi, jual perkara haram dan sebagainya? Kemudian tengok ke mana pula harta dia selalu laburkan. Adakah dia bayar zakat? Adakah dia selalu sedekah? Ataupun kedekut tahi hidung masin? Atau selalu guna harta membazir shopping sampai tak ingat dunia?

Kemudian tengok pada keturunannya. Dia ini keturunan yang baik-baik, ataupun keturunan yang selalu langgar syarak? Studi tentang latar belakang keluarganya, saudara mara yang terdekat, makcik pakcik dan sebagainya.



Adakah dari keluarga yang ikut syarak, atau langgar syarak? Siapa mak ayah dia? Siapa adik beradik dia? Siapa pakcik makciknya? Siapa saudara mara terdekatnya? Dan adakah mereka semua ini ikut perintah Islam? Dan juga tengok pada “kesuburan” keluarga, maksudnya adik beradik dia ada berapa, mak ayah dia punya adik beradik ada berapa. Dan tengok juga ada saka atau tidak dan sebagainya. Semua ini penting, bukan main-main.

Kemudian tengok pada kecantikannya. Dia ini gunakan kecantikannya untuk apa? Guna kecantikan untuk jadi playboy lalu jadilah “suamiku Playboy”? Atau gunakan kecantikannya untuk jadi “pisau cukur” kepada lelaki lalu jadilah “isteriku curang”? Atau kecantikannya dijaga sesuai dengan perintah Islam?

Maksudnya, adakah kecantikannya disimpan dengan cara tutup aurat sempurna, tunduk pandangan, tahu malu, dan sebagainya. Atau adakah kecantikannya ditunjukkan kepada umum dengan cara buka aurat, kaki selfie, tak tahu malu, mata asyik jeling pada lelaki yang kacak, dan sebagainya.

Dengan kata mudah, “pilihlah yang BERAGAMA” itu adalah kita pilih seorang lelaki atau perempuan yang bukan hanya Islam pada nama dan IC, tetapi Islam juga pada harta, keturunan dan kecantikannya atau perbuatannya. Hadis ini juga terpakai untuk melihat belah lelaki, bukan sekadar perempuan.

Ok, selepas kau fikir dan pilih jodoh yang kau nak, kemudian kau USAHA untuk dapatkan apa yang kau fikir dan PILIH. Usaha adalah kau usaha sebaik mungkin MENGIKUT SYARAK untuk dapatkan jodoh yang kau fikir dan pilih. Maksudnya, kau boleh pilih dan usaha untuk dapatkan jodoh yang baik atau buruk.

Kalau nak dapat jodoh yang baik macam mana? Antaranya adalah ;

· Ucap kalimah syahadah dan peluk Islam.

· Taat perintah Allah dan jauhi larangan Allah untuk peroleh taqwa.

· Ikut sunnah Rasulullah sebanyak mana yang boleh.

· Ikut dan buat dakwah tarbiah.

· Selalu bertaubat dan jaga amal.

· Cari ilmu antaranya belajar hukum hakam munakat atau perkahwinan termasuk juga buku psikologi antara lelaki dan perempuan.

· Selalu minta nasihat dengan orang yang dah lama kahwin seperti mak ayah, ustaz ustazah, pakcik makcik dan sebagainya.

· Ada keyakinan tinggi untuk kahwin, bukan sekadar sembang kencang.

· Belajar berdikari sama ada cari duit sendiri, tolong di rumah dan sebagainya.

· Kalau nak kahwin, guna orang tengah seperti mak ayah, ustaz ustazah yang dah kahwin, pakcik makcik, kawan baik yang dah kahwin, atau sebagainya yang dirasakan yakin untuk jadi orang tengah. Jangan sampai dia “pangkah” kau, dia yang kahwin dengan pasangan tu. Tu bukan orang tengah lagi.

· Bertunang. Masa fasa tunang ini, belajar mengenal pasangan SEADANYA. Tunang bukan halalkan apa-apa termasuk ikhtilat, sekadar fasa untuk kita buat pilihan sama ada kita setuju atau tolak. Sebaiknya kurang dari tempoh 1 tahun (ini bukan nas, tetapi bersandarkan pengalaman).

· Bernikah.

Dan banyak lagi perkara boleh buat untuk dapatkan jodoh yang baik. Dan cara untuk nikah yang ikut Islam pun
Kalau jodoh yang buruk atau jahat pula macam mana? Antaranya adalah ;

· Menolak untuk terima Islam dan jadi kafir.

· Langgar perintah Allah, selalu buat larangan Allah.

· Tinggalkan semua sunnah Rasulullah.


· Hina orang buat dakwah, perli orang yang nak berubah dan lain-lain.


· Malas dan tangguh taubat. Amal soleh lintang pukang.


· Malas baca buku ilmiah. Rajin baca novel cinta, tengok movie cinta, berangan pasal cinta dan sebagainya.


· Malas dengar nasihat terutama mak ayah. Rasa panas je telinga bila dengar nasihat. Bahkan sampai tahap derhaka pada mak ayah.

Dan banyak lagi cara nak dapatkan jodoh yang buruk dan jahat. Pendek kata, jodoh ini dah ditetapkan, tetapi wajib adakah persediaan untuk dapatkan jodoh. Jodoh pula ada dua jenis, jodoh yang macam malaikat walaupun bukan malaikat, dan jodoh yang macam syaitonirrojim, walaupun lebih dahsyat dari syaitonirrojim.

Formulanya adalah :

Ikhtiar dan usaha atau persediaan dapatkan jodoh = wajib

Keyakinan yang Allah dah tetapkan jodoh = wajib.

Diruang yang kita boleh buat pilihan, kita boleh pilih jodoh yang ikut syarak, dan langgar syarak. Boleh pilih yang jalan pahala, atau jalan dosa. Boleh pilih yang jalan nikah, atau jalan zina.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen